Melipat Kain Baju Nak Bagi Sama Saiz Ada Tekniknya. Ibu Ni Kongsi Cara Paling Mudah
Cuba lihat almari pakaian kita. Adakah pakaian yang dilipat tersusun kemas dan rapi? Sebenarnya tahukah anda, melipat pakaian juga ada seninya. Bukan main asal lipat sahaja. Perlu juga dipastikan sama saiz dan ukurannya agar nampak kemas teratur. Bahkan, bila dilipat sama saiz, mudah untuk kita mencapai pakaian tersebut.
Umumnya, jika saiz berbeza-beza pasti akan nampak berserabot, apatah lagi bila anak-anak menarik pakaian dengan tidak berhati-hati, boleh ‘runtuh’ susunan lipatan tersebut. Jadi apa cara terbaik untuk pastikan susunan baju anak-anak kekal rapi dan dalam masa yang sama mudah untuk mereka mencapai pakaian tersebut.
Jom semak perkongsian daripada puan Noorfazilah Binti Abdul Rahman ini semoga bermanfaat dan dapat membantu mempermudahkan urusan kita dalam mengurus pakaian keluarga tercinta.
Khas untuk yang request nak tengok macam mana cara saya susun baju dalam wardrobe. Memandangkan kat rumah kami memang jenis open wardrobe so kenalah sentiasa kemas. Kalau nak tahu keadaannya memang sentiasa macam ni, bukan hanya takat nak ambil gambar baru kemas tau..
Baju yang bergantung memang saya pastikan semua sudah siap iron.
Kalau nak tanya mana datang kekuatan dan kegigihan untuk iron dan lipat semua baju , saya ni memang selalu fikir kalau tiba-tiba Allah tarik nyawa saya biarlah suami dan anak-anak masih pakai baju sentuhan saya walaupun saya dah takda#sindrommakmak sangat kan..
Sebab tu sebelum tidor atau nak keluar rumah mesti kemas umah dan pastikan sinki bersih sebab takut kalau umur tak panjang orang datang nak tengok jenazah takdalah pening tengok rumah bersepah.
Dari dulu ramai yang komen cakap give up dah lipat kemas anak dan husband ambik baju tak susun elok-elok. Sebenarnya puan-puan kalau kita buat kerja rumah dengan happy dan penuh redha. Pasti kita akan rasa happy dan betulkan balik supaya kemas semula hingga akhirnya anak dan suami akan semula jadi ambil baju elok-elok.
Jadi nasihat saya, bila anak bersepah sabar dan betulkan semula.. dalam masa yang sama ingatkan mereka. Lama-kelamaan nanti diaorang pun akan ada habit yang sama.. Sebab tu orang cakap melentur buluh biar dari rebungnya. Kita yang mencorakkan keluarga kita jadi macam mana..
Dan untuk lebih jelas ini tutorial untuk melipat baju abak-anak yang boleh dimanfaatkan.
- Langkah 1 : Cari pasangan setiap seluar dan baju.
- Langkah 2 : Bentangkan baju di atas permukaan rata, kemudian letakkan seluar yang telah dilipat dua di bahagian tengah-tengah baju tersebut.
- Langkah 3 : Lipatkan bahagian bawah seluar sama saiz dengan panjang baju.
- Langkah 4 : Kemudian lipat bahagian sisi baju kiri dan kanan. Untuk pastikan sama saiz, jadikan leher sebagai kayu pengukur lipatan tersebut.
Dan ini pula komen-komen yang diberikan oleh netizen berkenaan cara yang dipraktikkan oleh puan Noorfazilah ini, jom semak.
sumber : Noorfazilah Binti Abdul Rahman