Pernah Tak Kita Pagar Rumah Kita Secara Fizikal Dan Pendinding Ayat Al Quran

Inilah Amalan Membina Pendinding Benteng Pertahanan Diri, Keluarga Dan Harta Benda

Nak bina pendinding sebagai benteng untuk pertahanan diri? Boleh amalkan petua ini.

Surah Yasin Ayat Ke 9

Baca ayat ini setiap kali selepas solat. Ditiup di telapak tangan dan diusap ke seluruh badan dengan niat untuk pendinding benteng pertahanan diri dari segala gangguan.

Boleh juga dibacakan pada garam kasar atau air dan ditabur atau direnjis ke sekeliling rumah dengan niat sebagai benteng pertahanan diri dan harta benda dari segala gangguan jin mahupun manusia

Terjemahan ayat:“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.(9)

bina pendinding, bina benteng pertahanan diri, bina benteng pendinding untuk keluarga, bina pendinding untuk harta, bina pendinding untuk anak

Pendinding Adalah Suatu Ikhtiar Perlu ditegaskan, ini adalah satu ikhtiar. Janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat. Jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata-mata.Selamat mencuba. Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua.

Insya-Allah!

Info dari Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur

Ustaz Ahmad Rizam- Cara Guna Ayat 9 Surah Yasin

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: