Gopi Safawi Rashid Syahrul Azwari Dan Hazwan Bakri JDT

Milik siapakah posisi wing kiri JDT?

Kita sudah sedia maklum bahawa pada musim 2016, posisi wing kiri milik Azinee Taib. Jika tidak, coach Mario Gomez akan membuat ‘rotation’ antara Azinee, Amri Yahya dan juga Nazrin Nawi. Sekarang, ketiga-tiga pemain ini sudah tidak berada dalam skuad JDT. Jadi sekarang ini, milik siapakah posisi wing kiri JDT?

Azinee Taib diturunkan ke JDT II manakala Amri Yahyah berpindah ke Melaka United dan Nazrin Nawi berpindah ke Perak. Untuk musim ini, JDT perlu membeli pemain baru untuk mengisi kekosongan posisi ini.

Empat pemain baru yang boleh bermain di posisi wing kiri

[AdSense-B]

R. Gopinathan atau Gopi merupakan pemain terbaru yang dibawa masuk dari Selangor yang merupakan penjaring tempatan terbanyak dalam Liga Super 2016. Gopi mempunyai skil untuk menggelecek pihak lawan dan menjaringkan gol.

JDT telah berjaya mendapatkan Safawi Rashid daripada pasukan T-Team. Safawi merupakan seorang pemain sayap kiri tulen.

Selain itu, Syahrul Azwari yang dibeli dari Sarawak/Kelantan juga mampu untuk bermain di posisi sayap kiri ini.

Tidak lupa juga, JDT juga telah membeli Hazwan Bakri dari Selangor yang boleh bermain di sayap kiri dan mampu menjaringkan gol dari jarak jauh melalui kaki kiri nya yang kuat dan padu!

Kelebihan dan kekurangan Gopi

R. Gopinathan Gopi posisi wing kiri JDT

Bagi kami, kemasukan R. Gopinathan atau Gopi ini lebih kepada untuk menambah pengalaman untuk skuad JDT dan diperlukan untuk membimbing pemain yang lebih muda.

Kelebihan utama yang ada pada Gopi adalah kemampuan untuk menggelecek dan menewaskan pihak lawan dalam situasi 1 lawan 1 dan juga mempunyai kelajuan. Selain itu, dia juga mampu menjaringkan gol dalam pelbagai sudut terutama dari sudut tepi gawang gol pihak lawan.

Tetapi, dengan fizikal badan yang agak kecil menyebabkan mudah jatuh apabila dilanggar oleh pihak pertahanan lawan yang lebih besar. Selain itu, Gopi mempunyai kawalan bola yang kurang kemas dan hantaran lintang dan tendang yang jauh dari sasaran. Adakah posisi wing kiri JDT milik Gopi?

Kelebihan dan kekurangan Safawi Rashid

safawi rashid posisi wing kiri JDT

Kelebihan utama Safawi Rashid adalah kemampuan untuk menggelecek pemain dan rembatan padu kaki kiri beliau. Beliau mampu melakukan shoot on-the run yang jarang dimiliki oleh pemain tempatan di Malaysia ketika ini. Beliau juga mampu melakukan hantaran lintang yang baik dari sayap kiri pasukan ketika menyerang.

Akan tetapi tiada pemain yang sempurna di dalam Malaysia bahkan di dunia sekali pun. Safawi selalunya hanya mampu menggunakan kaki kirinya untuk merembat atau melakukan hantaran lintang. Kaki kanan nya agak lemah dan jarang sekali digunakan ketika beliau membawa bola. Kemampuan untuk bertahan ketika pasukan diserang juga agak diragui buat masa ini. Adakah posisi wing kiri JDT milik Safawi Rashid?

[AdSense-B]

Kelebihan dan kekurangan Syahrul Azwari

Syahrul Azwari posisi wing kiri JDT

Bagi Syahrul Azwari pula, tidak lain tidak bukan beliau memang sangat dikenali dengan larian deras nya ketika bola di kaki atau pun off ball movement (pergerakan tanpa bola) ketika bersama pasukan Harimau Muda. Beliau merupakan antara wira negara ketika meraih emas Sukan Sea 2011 di Indonesia. Kemampuan untk mengatasi lawan dalam situasi 1 lawan 1 juga agak baik jika dibandingkan dengan Safawi.

Tiada penyudahan yang tajam merupakan kelemahan utama beliau jika diberikan peluang untuk bermain! Selain itu,sejak kebelakangan ini Syahrul Azwari juga mudah tercedera ketika dalam perlawanan. Kemampuan untuk bertahan juga antara kelemahan ketara beliau ketika bermain bersama bekas pasukan nya. Adakah posisi wing kiri JDT milik Syahrul Azwari?

Hazwan Bakri jika tidak bermain sebagai striker

Siapa yang tidak kenal dengan MVP Player 2016 untuk Liga Malaysia musim ini. Sebut saja nama Hazwan Bakri pasti kita akan ingat dengan debut beliau ketika bersama pasukan negara, Harimau Malaysia yang melakukan hatrik ketika bertemu Sri Lanka pada tahun 2012. Kemampuan untuk menggelecek, menjaringkan gol, larian-larian deras, off ball movement (pergerakan tanpa bola) , memberikan bantuan gol dan tendangan padu merupakan antara kelebihan yang ada pada pemain ini.

Tetapi dia bukan lah pemain sayap tulen. Hazwan Bakri hanya boleh bertindah sebagai inside forward (penyerang kedalam) jika di letakkan sebagai pemain sayap. Dia akan banyak masuk ke dalam kotak penalti untuk cuba menjaringkan gol. Kelemahan utama beliau, beliau akan mudah hilang idea jika dirantai ketat oleh pertahanan lawan. Mungkin perlu lebih bijak untuk melepaskan diri dari rantaian pihak lawan.

[AdSense-B]

Pilihan kami untuk posisi wing kiri JDT

Kami jangkakan coach Gomez akan mengunakan Gopi di posisi ini untuk perlawanan penting berdasarkan pengalaman dia yang luas. Cuma, kami harap Gopi dapat memperbaiki teknik kawalan dan tendangan bola yang menepati sasaran.

Hazwan juga mampu mengisi posisi ini jika sekiranya Coach Gomez menggunakan strategi satu striker sahaja.

Bagi andalah, siapakah pilihan utama coach Mario Gomez untuk posisi wing kiri ini? Milik siapakah posisi wing kiri JDT?

Baca juga: Gol Baddrol Bakhtiar vs JDT Bukan Gol Terpantas Liga Super 2016

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: