Natxo Insa Dan Ghaddar

Morais Yakin JDT Mampu Jadi Juara

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) yang baharu, Ulisses Morais yakin pasukannya berada di landasan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut selepas menyaksikan Harimau Selatan mengutip tiga mata di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam tadi.

Menurutnya, kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang dalam perlawanan pertamanya selaku pengendali baharu JDT itu merupakan langkah positif bagi dirinya dan pasukan.

[AdSense-B]

“Kemenangan dan tiga mata ini merupakan satu permulaan yang baik bagi saya. Saya yakin kami di landasan terbaik untuk menjuarai Liga Super musim ini.

“Persembahan yang ditunjukkan pemain memuaskan, cukup untuk menewaskan lawan tetapi saya percaya mereka boleh menjadi lebih baik pada masa depan ke­rana memiliki kualiti yang diperlukan,” katanya selepas perlawanan.

natxo insa jdt 3

Morais turut memuji Ignacio Insa yang dilihatnya berjaya membantu mengukuhkan kawalan di bahagian tengah dalam penampilan sulungnya, sekali gus memberi lebih banyak ruang kepada Safiq Rahim untuk me­rencana serangan.

Sementara itu, ketua jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan akur dengan kekalahan pasukan bimbingannya di tangan pendahulu Liga Super itu.

[AdSense-B]

“Kami telah cuba melakukan yang terbaik, namun beberapa peluang yang diperoleh gagal di­terjemah dengan baik.

“Sungguhpun begitu, saya tetap berpuas hati dengan persembahan anak buah saya yang telah mempamerkan pe­ningkatan berbanding dalam perlawanan terdahulu,” katanya.

Sumber: Utusan

Baca juga: Video: Birthday Prank Keatas Farizal Dan Hazwan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: