Rupanya Begini Tip Nak Buat Kacang Bendi Tumbuh Subur. Sesuai Tanam Di Kawasan Rumah
Okra, atau lebih dikenali di Malaysia sebagai kacang bendi, adalah sejenis tumbuhan berbunga hijau. Okra tergolong dalam keluarga yang sama seperti bunga raya dan kapas. Istilah okra merujuk kepada biji-biji yang terdapat dalam tumbuhan ini.
Biasanya di Malaysia, ia dijadikan sayuran ulaman dan juga dimasukkan ke dalam masakan seperti kari dan sebagainya. Di negara lain, ia digunakan sebagai agen pemekat dalam sup disebabkan teksturnya yang berlendir. Sayuran ini sememangnya disukai kerana faedah kesihatannya. Ia mengandungi kalium, vitamin B, vitamin C, asid folik, dan kalsium.
Dengan kerap memakan kacang bendi, ia boleh membantu mencegah penyakit buah pinggang. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2005 yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Jilin mendapati bahawa pesakit yang makan kacang bendi setiap hari menunjukan pengurangan tanda-tanda klinikal kerosakan buah pinggang lebih tinggi daripada mereka yang menjalani diet diabetes. Ini sangat membantu kerana separuh daripada kes penyakit buah pinggang berkembang daripada diabetes.
Bendi (hibiscus esculatus), adalah sejenis sayuran yang berasal dari Afrika dan sesuai ditanam dikawasan yang beriklim tropika. Jika anda suka makan sayur-sayuran, bendi adalah antara yang mudah ditanam. Sekiranya anda mempunyai kawasan tanah lapang di belakang rumah, amatlah disyorkan untuk menanam bendi. Jom semak perkongsian ini yang memberi tip untuk membantu bendi berbuah dengan banyak. Moga memberi manfaat kepada yang suka berkebun
10 Tips Nak Bagi Bendi Buah Banyak
- Tanam dengan jarak yang sesuai. Saya tanam jarak 6′ × 3′.
- 1 point tanam 1 pokok.
- Tanam anak yang disemai supaya tumbuh sekata dan seragam.
- Pastikan air, baja dan cahaya cukup.
- Pastikan pokok tumbuh tegak. Buat sokongan supaya pokok tak tumbang.
- Simpan tunas sisi dan ia akan besar jadi cabang sisi. Akan ada 3 – 5 cabang sisi bergantung pada varieti. 1 cabang sisi akan ada buah paling kurang 5 biji.
- Batang utama akan ada buah pada setiap tangkai daun. Paling kurang dapat 15 biji. Jaga pokok dan buah akan lebih banyak lagi bila pokok tahan lama.
- Sembur dengan foliar pada daun muda dan pucuk setiap minggu. Saya guna baja AB dengan kepekatan 2.0 mS. Sembur pada awal pagi.
- Buang daun yang tak berfungsi secara berkala.
- Terus buat kawalan bila ada tanda serangan penyakit dan perosak.
Kongsikan juga tips ini pada yang lain ye SEBAB mungkin ia sangat berguna buat mereka.
Sumber: Azuan Abdullah via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri