Video Sempena Hari Malaysia

“Nak Maju Tapi Banyak Alasan” – Video Sempena Hari Malaysia Ini Sentuh Hati Ramai

“Tiada jalan pintas menuju kejayaan!” – Begitulah kata-kata yang biasa kita dengar apabila kita mahu kembara dalam menuju kepada kejayaan.

Malah, sejak kebelakangan ini banyak media massa dan tempatan secara meluas melaporkan fenomena yang menjadi trending dalam kalangan generasi muda ketika ini dilihat lebih cenderung memilih kerjaya lebih anjal sebagai pilihan utama.

Mereka merasakan lebih baik bekerja berbanding menyambung pelajaran yang dikatakan belum pasti boleh memiliki kerjaya dalam bidang berkenaan.

Sebahagian anak muda juga menunjukkan minat yang semakin merosot dalam pekerjaan sepenuh masa konvensional dan stabil, lantas menjadikan sektor ekonomi kerja gig sebagai sumber pendapatan eksklusif mereka.

Keadaan berkenaan dikhuatiri menyebabkan negara kepupusan tenaga kerja mahir dalam jangka panjang, sekiranya lebih ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berminat menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Malah, difahamkan faktor itu juga didorong oleh aspek pendedahan kepada aplikasi digital dan gajet, selain berkemungkinan keputusan sedemikian dibayangi pengaruh rakan sebaya serta persekitaran.

Trend yang terjadi dalam kalangan anak muda itu turut menjadi perdebatan di media sosial oleh warganet sehingga content creator popular, Khairul Aming juga menyuarakan pendapat mengenai fenomena ini semasa menerima anugerah di TikTok Awards Malaysia 2023.

YAYASAN PENERAJU TAMPIL BERI KESEDARAN MENGENAI ISU YANG TIMBUL MENERUSI SATU VIDEO RINGKAS SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA

Terpanggil dengan isu dan trend yang membimbangkan dalam kalangan anak muda ketika ini, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera atau lebih dikenali sebagai Yayasan Peneraju, sebagai sebuah organisasi yang berkomitmen untuk memupuk bakat dan menggilap potensi tempatan, tampil dengan sebuah video ringkas sempena menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini.

Tonton video penuh berkenaan di bawah:

Menerusi video berkenaan, Yayasan Peneraju menggunakan pendekatan penceritaan yang berbeza yang bertemakan ‘alasan’. Dibina daripada koleksi video digital harian, video tersebut menggabungkan suara-suara anak muda, belia dan dewasa Malaysia, masing-masing mengungkapkan pelbagai alasan.

Apabila dibandingkan dengan klip-klip yang dipilih, ironinya ramai yang memberi alasan dan mengeluh, namun Yayasan Peneraju dengan secara halusnya menyampaikan bahawa kadang-kala realiti tidaklah seteruk keluhan kita.

Melalui video ini, mesej Yayasan Peneraju kepada generasi muda adalah jelas: Kita tidak boleh memilih jalan yang paling mudah dalam hidup dan idea bahawa ‘less is more’ tidak semestinya tepat apabila ia berkaitan dengan matlamat hidup kita.

Seorang wanita yang juga juruterbang dengan bangganya memakai uniform Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan menerbangkan jet pejuang di pangkalan tentera. Kredit gambar: Yayasan Peneraju

Sebagai rekod, Yayasan Peneraju merupakan agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang memberi tumpuan kepada pengukuhan pembinaan keupayaan ke arah bakat Bumiputera yang mampan.

Antara objektif Yayasan Peneraju adalah meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi program PEMBIAYAAN akademik, pensijilan TVET, profesional, teknologi dan spesialis perubatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yayasan Peneraju, layari laman web rasmi mereka atau klik sahaja di sini.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: