JDT 3 Boeung Ket Angkor FC 0 Nazmi Faiz Mansor

Nazmi Faiz Mansor: Sudah Bersediakah Menjadi Pengganti Safiq Rahim?

Di saat rakan karibnya, Azrif Nasrulhaq mengalami kontroversi ekoran kes perpindahan beliau ke dalam skuad JDT, Nazmi Faiz kekal tenang menghormati kontrak beliau bersama Selangor. Sandiwara yang dicipta Azrif tidak mahu dituruti Nazmi.

Namun akhirnya Namzi Faiz berhijrah jua ke pasukan yang berpengkalan di selatan tanah air. Kehadirannya tidak disenangi ribuan peminat Tanah Jauhar yang terikut-ikut kata orang mengenai sikap negatif beliau.

Tetapi sejauh mana propaganda tersebut? Ayuh bersama penulis melihat sejauh mana pemain yang dibenci menjadi siulan di bibir peminat JDT.

SUDAH BERSEDIAKAH NAZMI FAIZ MENJADI PENGGANTI SAFIQ RAHIM?

nazmi faiz mansor vs pahang

Semenjak ‘debut’ pertama beliau di dalam dunia bolasepak, penulis sudah merasakan negara bakal memiliki seorang general setaraf Safiq Rahim malah mungkin bakal memendapkan cerita ’emas 2009′ Safiq Rahim. Kenapa penulis berasa demikian?

Lihat bagaimana beliau boleh mengadaptasi taktikal pasukan Selangor yang jelas carca marba musim lepas? Nazmi Faiz adalah seorang ‘pemain No.10’.

[AdSense-B]

‘Pemain No.10’ itu merujuk kepada seorang pemain tengah yang boleh bertindak sebagai ‘playmaker’ dan pemain ‘box-to-box’. Di Malaysia, Safiq Rahim, Badhri Radzi dan Natxo Insa antara pemain ‘box-to-box’ yang agak licik dan ‘intelligent’.

Ini kerana Nazmi Faiz mempunyai ‘vision’ yang tinggi, keupayaan mengubah rentak permainan sama ada bercorak lebih pantas mahupun perlahan. Namun beliau mempunyai satu kekurangan iaitu isu ‘fitness’.

Harapan tampil bila general panggil, biar tampak terampil berdiri pasti lebih stabil. Itu apa yang cuba Nazmi Faiz berikan apabila diberi peluang untuk bermain.

safiq afiq nazmi

Gandingan ‘Segitiga Bermuda’ menjadi viral dan pasti menjadi jawapan semua penyokong JDT apabila diajukan soalan gandingan mana yang mereka mahukan untuk berada di atas padang. Namun panas bukan lah setiap masa.

Selepas kemasukkan Natxo Insa, beliau semakin kurang mendapat peluang untuk bermain. Namun Nazmi Faiz tidak cepat optimis yang peluang beliau sudah tertutup kerana di JDT adalah untuk pejuang yang tidak pernah kenal erti putus asa.

[AdSense-B]

Nazmi Faiz masih muda dan penulis yakin pahlawan bertubuh kecil yang sudah mula menambat hati penduduk Tanah Jauhar ini pasti ingin membuktikan emigresen beliau ke mari bukan lah semata-mata kerana sekeping kertas berwarna hijau, ungu mahupun biru yang tidak bernyawa hatta bergerak, namun beliau mahukan beliau juga mampu mencipta sebuah empayar gah untuk menepis segala primitif akal infeksi primer yang penuh prejudis.

STATISTIK TERKINI

Penampilan: 20

Minit: 1,064

Jaringan: 2 gol

KESIMPULAN

JDT membawa 18 pemain ke Myanmar nazmi faiz mansor

Penulis dedikasikan satu puitis untuk beliau,

Di saat kau menanti sunrise,
Maaf ku bilang.

Mendung itu hadir terlebih dahulu.

Jangan berhenti di sini,
Ada sunset menanti mu di sana.

[AdSense-B]

Semoga beliau terus berjaya bersama Sang Harimau Selatan dan menjadi indikator kepada semua pemain muda untuk keluar dari zon selesa dan mencabar diri sendiri untuk menjadi terbaik di dalam kalangan terbaik dengan berada dalam pasukan yang terbaik.

Baca juga: Afiq Fazail: Permata JDT Yang Sedang Digilap

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: