Pemain Ke Terengganu Nazmi Faiz

Nazmi Pemain Yang Berbakat – Morais

Untuk perlawanan malam ini, tidak akan ada kelibat Safiq Rahim, Afiq Fazail, Natxo Insa dan juga Gabriel Guerra. Nazmi berkemungkinan besar akan diturunkan untuk memimpin pemain tengah JDT. Dia telah diturunkan oleh coach Morais ketika menentang Sarawak tempoh hari.

Serba sedikit mengenai Nazmi, dia pernah bermain untuk kelab SC Beira-Mar pada musim 2015 iaitu ketika coach Morais menjadi ketua jurulatih kelab tersebut.

“Dia sememangnya seorang pemain yang bagus. Ketika saya bertemu Nazmi dahulu, dia merupakan seorang pemain bola sepak muda yang bagus dan kini dia telah meningkat menjadi pemain yang semakin hebat.

[AdSense-B]

“Nazmi dan rakan sepasukan telah memberikan aksi persembahan yang sangat baik ketika perlawanan bertemu Sarawak. Dia bermain untuk posisi tengah dan JDT juga mempunyai ramai pemain tengah yang mempunyai pengalaman berbeza.

JDT 3 Boeung Ket Angkor FC 0 nazmi faiz mansor

“Namun, ini pasti tidak sukar bagi Nazmi kerana beliau merupakan seorang pemain yang berbakat.” ini yang disampaikan oleh coach Morais selepas perlawanan menentang Sarawak.

[AdSense-B]

Bagi peminat JDT, kami juga ini melihat ada pemain yang dapat menjadi penganti kepada tempat Safiq Rahim pada masa hadapan. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada satu pemain sahaja dan perlu mempunyai pemain simpanan yang sama kemampuan dengan pemain tempatan.

Baca juga: Preview Piala Malaysia 2017: JDT ‘B’ Pertaruhan Morais Menentang Terengganu

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: