Nik Akif Sedia Tentang JDT Habis-Habisan
Biarpun Johor Darul Ta’zim (JDT) pasukan pilihan, pemain tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat tidak sesekali menganggap ia penghalang The Red Warriors (TRW) mengutip tiga mata di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Sabtu ini.
Keazaman pemain muda berusia 19 tahun itu hadir selepas melihat pasukannya kini mempunyai acuan pemain muda dan senior yang lengkap sekali gus mampu mencabar kemampuan lawan.
Selain itu, pemain kelahiran Kuala Krai itu turut menuntut penyokong memenuhi stadium keramat pasukan supaya menambah aura kekuatan bagi skuad Kijang Merah mencipta kejutan pada malam itu.
[AdSense-B]“Kalau dilihat beberapa perlawanan sebelum ini JDT berada dalam prestasi yang baik dan kedudukan pasukannya yang menghuni tempat teratas sukar dicabar pasukan lain.
“Untuk pertemuan Kelantan dengan JDT kali ini memang satu pertembungan yang ditunggu-tunggu peminat kedua-dua pasukan dan pastinya ia satu perlawanan yang sengit.
“Jadi pada perlawanan ini, saya dan pasukan akan buat sehabis baik kerana pasukan sudah diperkuatkan ramai pemain muda,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Nik Akif berpesan kepada rakan sepasukannya supaya bersedia 100 peratus mempertahankan pasukan sekali gus memberi saingan sengit pada malam itu.
[AdSense-B]“Walaupun lawan mahu menang tapi perlu diingat kami nak jadi pemenang malam itu, insya-Allah pasukan akan melakukan sebaik mungkin,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: Longhi Kesal Tiada Penyerang Berkualiti