Novillo Lega Lakukan Pilihan Bijak

Novillo Lega Lakukan Pilihan Bijak

Penyerang import baru skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Harry Novillo, optimis dia telah membuat pilihan tepat dengan menyertai Harimau Selatan dan turut percaya pasukan barunya itu mampu mempertahankan kejuaraan Liga Super pada musim ini.

Biarpun JDT sekadar seri 2-2 dalam aksi Liga Super ketika berdepan Selangor pada malam semalam, kelibat Novillo ternyata mencuri tumpuan.

[AdSense-B]

Bekas pemain Olympique Lyon itu mempamerkan aksi meyakinkan sama ada sebagai pemain sayap serta penyerang sokongan.

Walaupun aksi semalam adalah penampilan pertamanya, Novillo mengakui gembira dan yakin dengan kemampuan yang dipamerkan oleh skuad JDT.

“Ketika ini, tiada pasukan yang lebih bagus berbanding JDT. Empat kejuaraan diraih secara berturut-turut telah memberikan makna besar.

“Apa yang saya dapat lihat dalam aksi pertama saya bersama pasukan, nasib tidak menyebelahi untuk mendapatkan kemenangan,” kata Novillo.

[AdSense-B]

Sementara itu, pemangku ketua jurulatih JDT, Raul Longhi, mengakui dua gol lawan adalah hasil kealpaan anak-anak buahnya sehingga memberikan ruang buat lawan.

“Ya, ia adalah kesilapan kami. Pasukan lawan memberikan tekanan dan kami dapat memperbaiki kelemahan dalam separuh masa kedua,” kata Longhi.

Sumber: Stadium Astro

Baca juga: Segovia Tekad Robek Gawang JDT

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: