Inilah 8 Karakter Istimewa Orang Yang Suka Bersendirian, Mereka Bukan Pelik Tapi Unik
Setiap manusia tentunya dilahirkan dengan personaliti berbeza-beza. Ada yang jenis peramah, ada yang jenis pendiam tetapi apabila ditegur dia akan mesra. Tidak kurang, ada juga di antara individu yang gemar bersendirian kerana lebih selesa bersifat begitu tanpa didorong atau paksaan.
Apakah orang yang gemar bersendirian ini bermasalah dari segi mental? Biar apa pun yang orang lain fikirkan, individu yang gemar bersendirian sebenarnya mempunyai 8 karakter istimewa termasuklah.
1. Berfikiran Terbuka
Masyarakat selalu memandang serong pada orang yang suka bersendirian ini dengan menganggap mereka sebagai anti-sosial atau pemalu. Walhal, orang yang gemar bersendirian ini lebih selesa membuat perkara yang dekat dengan hati mereka mengikut cara sendiri, bukannya dengan hanya mengikut telunjuk orang.
Sebab itu juga, ramai insan-insan sebegini bekerja sendiri dan ada juga yang menjadi orang berpangkat tinggi.
2. Mudah Mengasihani
Disebabkan mereka selalu bersendirian dan mempunyai ‘hubungan rapat’ dengan jiwa mereka sendiri, hasilnya mereka menjadi seorang insan yang mudah mengasihani terhadap orang lain.
Sebab itu, mereka adalah pendengar yang setia dan mampu melegakan kekusutan fikiran orang-orang yang sedang dalam dilema. Bahkan penyayang juga!
3. Tersangatlah Berdikari
Yup, orang yang gemar bersendirian ini adalah insan yang paling berdikari dalam dunia. Kerana sudah terbiasa melakukan sesuatu tanpa sebarang pertolongan daripada orang lain, mereka bijak menguruskan diri sebaiknya. Sangat berdikari!
Tetapi janganlah salah faham terhadap orang yang gemar bersendirian ni. Mereka bukannya TIDAK MEMERLUKAN langsung orang lain di dalam hidup tetapi mereka lebih gemar memilih orang luar yang ikhlas untuk ‘berlegar’ di dalam hidup mereka. Got it?
4. Gemar Didampingi Orang Intelektual
Orang yang gemar bersendirian ini biasanya sangat intelektual. Mereka cerewet dan hanya memilih orang yang setaraf dengan mereka sahaja. Jadi, dengan cara ini mereka tidak perlu berhadapan dengan “drama” orang-orang yang plastik. Oh well!
5. Memiliki Gerak Hati Yang Kuat
Lebih banyak mereka habiskan masa bersendirian, lebih kental hati mereka untuk mengawal emosi diri. Di samping itu, mereka akan menanam sifat sayangkan diri dan mengutamakan diri dahulu sehinggalah apa yang mereka rasakan itu selalunya benar belaka.
Hati-hati dengan mereka yang gemar bersendirian ini tahu? Gerak hati mereka biasanya betul.
6. Seorang Yang Boleh Dipercayai
Setiap kali mereka mengeluarkan kata-kata atau nasihat. Percayalah, kerana itu mungkin adalah yang terbaik anda pernah dengar. Orang yang gemar bersedirian lazimnya boleh dipercayai malah jika anda berkongsi masalah anda sekalipun, ternyata mereka akan menyimpan rapi perihal peribadi anda.
7. Setia dan Komited
Selagi belum menemui cinta yang sebenar, mereka tidak akan mudah jatuh cinta. Mereka tidak gemar try and error dan hanya akan mula komited dengan pasangan yang mereka rasakan sebagai “Eternal True Love”.
Memang mereka ini sering dijolok dengaan soalan, “Sampai bila hendak membujang?”, tetapi mereka tidak pernah peduli dengan kata orang. Akan terus bersendirian sehinggalah bertemu dengan individu yang sebenar-benarnya jadi, risiko untuk orang yang suka bersendirian patah hati adalah rendah.
8. Berani!
Walau seberapa genting pun masalah dan situasi yang dihadapi, mereka adalah insan yang sangat berani, lebih-lebih lagi untuk menegakkan maruah diri.
Orang yang gemar bersendirian memiliki sifat keberanian dan keyakinan yang sangat memukau dan mampu membuatkan orang lain kagum. Mungkin, itulah yang disifatkan sebagai “diam-diam ubi berisi”.
Semoga memberi manfaat.