Peluang Ghaddar Leburkan Rekod Marlon
Sama ada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohammed Ghaddar mampu untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak dalam semusim yang dipegang bekas penyerang Kedah, Marlon Alex James hanya akan terjawab pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Darul Aman, malam esok.
Ketika ini, Ghaddar sudah meledak 23 gol dalam saingan Liga Super musim ini dan jumlah itu menyamai jaringan yang dihasilkan Marlon ketika muncul pemenang kasut emas bersama Kedah pada musim 2008.
[AdSense-B]Hanya satu gol sahaja lagi yang diperlukan Ghaddar pada aksi berdepan Kedah itu untuk membolehkannya mengumpul 24 gol dan memecahkan rekod sembilan tahun yang dipegang Marlon.
Bagaimanapun, 23 gol yang dihasilkan penyerang berusia 33 tahun itu pada musim ini tampak sudah cukup untuk dia dinobatkan pemenang kasut emas memandangkan pesaing terdekat, Matheus Alves ketinggalan lima gol di belakang.
Kejayaan Ghaddar merangkul anugerah itu bakal melengkapkan musim penuh bergaya JDT selepas skuad bimbingan Ulisses Morais sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut.
Jumlah jaringan yang dilakukan Ghaddar pada musim ini juga sudah memintas rekod penjaring terbanyak yang dilakukan bekas penyerang JDT musim lalu, Jorge Pereyra Diaz yang berjaya menjaringkan 18 gol.
[AdSense-B]Jika dilihat secara keseluruhan, penyerang import sekali lagi mengungguli carta penjaring terbanyak yang menyaksikan Ghaddar dengan 23 gol, Alves (18 gol), Ken Ilso Larsen (15 gol) serta Gonzalo Cabrera dan Thiagto Augusto Fernandes masing-masing dengan 11 gol.
Dua anak tempatan tetap cemerlang apabila berjaya meledak sembilan gol dalam saingan Liga Super, masing-masing beraksi di posisi pemain tengah iaitu jentera tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar dan juga kapten skuad kebangsaan yang beraksi bersama JDT, Safiq Rahim.
Sumber: Berita Harian
Baca juga: Morais Masih Rahsiakan Kesebelasan Utama