La' Vere Corbin-Ong Cover

Pemain Baru JDT 2018: La’ Vere Corbin-Ong

Akhirnya desas-desus berkenaan seorang pemain kacukan yang akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) terjawab. Laman fanpage rasmi Johor Southern Tigers mengumumkan bahawa La’ Vere Corbin-Ong sudah menjadi milik JDT dan mengucapkan selamat datang kepadanya.

Corbin Ong merupakan pemain pertahanan kiri dan juga boleh bermain di pertahanan tengah. Beliau pernah dipanggil sekali mewakili pasukan kebangsaan Kanada untuk perlawanan persahabatan menentang Scotland. Perlawanan itu berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

[AdSense-B]

Berikut serba sedikit info mengenai pemain ini yang berjaya kami kumpulan buat bacaan penyokong JDT agar kita akan lebih mengenali pemain JDT.

Biodata La’ Vere Corbin-Ong

Nama penuh: La’ Vere Corbin-Ong

Tempat lahir: London, England

Warganegara: Kanada

Tarikh lahir: 22 April 1991

Umur: 26 tahun

Posisi: Bek kiri dan tengah

Kerjaya Professional

2010 – 2014: Vancouver Whitecaps

2014 – 2016: BAK

2016 – 2017: FSV Frankfurt

2017: Go Ahead Eagles

[AdSense-B]

Video Temuramah di Kelab Lama

Harapan Kami

Kami percaya pembelian La’ Vere Corbin-Ong adalah sebahagian daripada projek jangka masa panjang JDT dan juga memberikan persaingan kepada Fazly Mazlan. Kami harap pemain ini akan cepat serasi dengan JDT dan berjuang sepenuhnya bersama JDT

Selamat Datang La’ Vere Corbin-Ong dari kami penyokong JDT.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: