Feeder Club Jdt Fmllp

Penerangan ringkas perjanjian “Feeder Club” JDT

JDT telah berjaya mendapatkan kelulusan FLLMP mengenai perjanjian “Feeder Club” setelah berusaha selama 8 bulan.

Apakah itu perjanjian “Feeder Club”?

Melalui perjanjian ini, JDT boleh menukar pemain dengan JDT II tanpa mengikut tempoh perpindahan yang telah ditetapkan. JDT hanya boleh menukar 4 pemain sahaja dalam satu musim iaitu satu slot untuk pemain import dan 3 slot lagi untuk pemain tempatan.

JDT telah menggunakan perjanjian ini untuk membawa masuk Gabriel Guerra dari JDT II.

Penerangan ringkas perjanjian Feeder Club JDT gabi guerra

Kesan ke atas JDT dan JDT II untuk musim 2017

Tiada perubahan yang akan berlaku pada musim ini kerana sudah mengikut syarat yang telah ditetapkan. Asasnya JDT dan JDT II tidak boleh berada dalam liga yang sama. Makanya JDT II tidak akan naik ke Liga Super walapun menjadi juara atau naib juara Liga Perdana. Jika JDT turun Liga Perdana maka JDT II akan turun Liga FAM.

JDT II juga perlu mempunyai paling kurang 12 orang pemain bawah 23 tahun.

[AdSense-B]

Kesan ke atas JDT dan JDT II untuk musim 2018

JDT perlu menggunakan paling kurang 4 orang pemain bawah 23 tahun dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan. JDT II pula tidak boleh menyertai kejohanan yang disertai JDT. Jadinya, JDT II hanya bermain dalam Liga sahaja.

Senarai pemain 2017 yang masih bawah 23 tahun pada musim 2018

Nota: (19) adalah umur pemain pada tahun ini. Sumber: http://johorsoutherntigers.com.my/teams/

JDT – Haziq Nadzli (19), Dominic Tan (19), Safawi Rashid (19)

Hadi Fayyadh JDT II feeder club

JDT II – Hafiy Haikal (18), Hariz Kamaruddin (19), Syafiq Heelmi (18), Syazwan Andik (20), Aikal Aiman (20), Mohamad Fahmi bin Faizal (20), Satrunan Pilli (21), Shahwan Bin Shaharuddin (21), Hadi Fayyadh (16), Sean Gen Gianneli (20).

Inilah pemain yang bakal menjadi 4 pemain tetap JDT yang bawah 23 tahun untuk musim 2018

[AdSense-B]

Apa yang akan terjadi pada musim 2018 berdasarkan ketetapan “Feeder Club”?

Dalam kesebelasan utama, 4 posisi akan diisi oleh pemain bawah 23 tahun, 4 posisi diisi oleh pemain import dan baki 3 posisi akan direbut oleh 25 orang pemain JDT yang lain. Nampaknya, ramai pemain yang akan berpindah atau hanya diturunkan bermain di piala AFC sahaja.

Baca juga: JDT boleh ke Piala ACL 2019 berdasarkan 4 perkara ini

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: