7 Cara Menyeronokkan Periksa Tanda-Tanda Jantina Bayi Dalam Kandungan
“Anak lelaki ke anak perempuan?”
Ini adalah soalan yang paling popular si ibu mengandung akan dapat. Ada juga dalam kalangan ibu yang masih tak dapat memberikan jawapan kerana masih belum menjalani pemeriksaan untuk mengetahui jantina kandungan. Kadang-kadang ada juga yang nak rahsiakan supaya lebih surprise kan? Jadi, buat anda yang nak check jantina kandungan sebelum berjumpa doktor tu, bolehlah guna 7 cara ini untuk membuat persediaan . Mana tau betul kan?
1. SUKA MAKAN MANIS ATAU MASAM?
Katanya kalau si ibu mengandung suka makan makanan manis, pedas dan yang sedap-sedap sahaja, maknanya bayi perempuanlah yang dikandungkan itu. Manakala, kalau si ibu selalu suka makan makanan masam, masin dan makanan ringan, itu tandanya anda sedang membawa anak lelaki!
2. BERAPA DENYUTAN BAYI?
Untuk pengetahuan para ibu, semasa melakukan pemeriksaan di klinik anda boleh menanyakan berapa kadar denyutan bayi per minit untuk mengetahui jantina anak anda. Menurut sumber, kalau denyutan anak 140 dan ke atas per minit, ia merupakan anak perempuan. Manakala kalau denyutan per minit berada di bawah 140, mesti anak lelaki.
3. WAJAH GLOWING KE TIDAK?
Petua orang tua juga ada mengatakan bahawa kalau anak yang dikandungkan adalah perempuan maka wajah si ibu akan kelihatan kusam sedikit. Ini kerana, seri glowing itu telah diambil oleh anak di dalam kandungan. Betul ke? Jangan risau, apa yang penting adalah untuk menjaga kesihatan diri ya.
4. ADA MORNING SICKNESS?
Dikatakan bahawa jika anda sedang mengandungkan anak perempuan, berpotensi besar akan mengalami morning sickness yang lebih teruk berbanding anak lelaki. Ada juga yang bila mengandungkan anak lelaki, tak pernah rasa morning sickness langsung! Bertuah sungguh badan.
5. PAYUDARA KIRI ATAU KANAN LEBIH BESAR?
Perubahan yang paling ketara si ibu akan alami adalah dari segi peningkatan berat badan. Bukan itu sahaja, salah satu cara untuk anda indetifikasikan jantina kandungan adalah memeriksa saiz payudara anda. Kalau payudara di sebelah kiri lebih besar, itu merupakan bayi lelaki manakala payudara sebelah kanan lebih besar, itu merupakan bayi perempuan.
6. SUKA MARAH KE TAK?
Haa, ini mungkin antara perkara yang tidak diambil berat oleh si ibu mengandung. Katanya kalau si ibu lebih suka marah dan cepat naik angin, itu kerana ‘angin’ yang datang dari kandungan anak perempuan!
7. TIDUR SELALU MENGIRING KIRI KE KANAN?
Ini paling mudah untuk si ibu lakukan. Setiap kali bangun pagi, jangan lupa untuk memeriksa cara tidur anda. Jika anda lebih cenderung tidur mengiring sebelah kiri ianya bayi lelaki. Manakala kalau selalu mengiring sebelah kanan, bayi dalam kandungan ada perempuan!
*Jadi, jangan lupa untuk periksa tanda-tanda ini tau! Kalau nak jawapan yang lebih pasti, jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan di klinik ya.
Sumber : www.parenting.com