Pra1

Permohonan Prasekolah Dibuka Mulai 1 Mac 2019. Ini Cara Daftar Online

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2020

Sukacita dimaklumkan kepada ibu ayah yang ada anak berusia 4 dan 5 tahun pada tahun 2019 ini, permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi sesi persekolahan tahun 2020 telah dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019.

CARA DAFTAR PRASEKOLAH BAGI KEMASUKAN TAHUN 2020

Ibu ayah boleh mendaftarkan anak-anak melalui melalui dua kaedah:

1. CARA PERMOHONAN PRASEKOLAH SECARA ONLINE

Permohonan secara atas talian boleh dibuat melalui https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019.

Pemohon perlu:

  • Muat turun dan fahami manual pengguna;
  • Daftar pengguna dan simpan / cetak maklumat pengguna (katalaluan);
  • Lengkapkan maklumat permohonan;
  • Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi;
  • Serah borang permohonan yang telah lengkap diisi serta dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup.

2. CARA PERMOHONAN PRASEKOLAH SECARA WALK IN

Permohonan manual boleh dibuat mulai 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019.Pemohon perlu:

  • Mengambil borang permohonan di sekolah yang dipohon
  • Lengkapkan borang permohonan
  • Sediakan dokumen yang diperlukan
  • Hantar borang permohonan berserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup

SYARAT PERMOHONAN PRASEKOLAH BAGI TAHUN 2020

  • Warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir antara 02.01.2014 – 15.01.2016

SEMAKAN KEPUTUSAN BERMULA 5 OGOS 2019

Keputusan permohonan boleh disemak mulai 5 Ogos 2019. Bagi yang tak berjaya, rayuan boleh dibuat mulai 5 Ogos hingga 20 Ogos 2019.Jadi mak ayah yang ada anak berumur 4 dan 5 tahun dah bolehlah mohon siap-siap ya.Jangan berlengah lagi sebab mungkin penuh pula prasekolah yang berkenan di hati tu.Jom daftar sekarang!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: