Personaliti Biru

Anda Sebenarnya Memiliki Personaliti Berwarna Biru? Inilah 10 Perangai Yang Anda Tak Sedari

Adakah anda penggemar warna biru? Jika ya, anda mungkin seseorang yang begitu gemarkan suasana yang cukup aman dan harmoni.

Menurut pengkaji awam, mereka yang menggemari warna biru memiliki 10 perangai unik yang mudah dikenal pasti antaranya :

1. Konservatif

  • Anda tidak suka akan perubahan dan setelah selesa dengan situasi yang dihadapi, anda sudah merasakan semua itu cukup dan bermakna.

2. Boleh diharap & dipercayai

  • Anda dilihat sebagai seseorang yang boleh boleh diharap kerana kecekapan dalam melakukan tugasan selain amat dipercayai orang ramai.

3. Mudah mempercayai orang

  • Anda bersikap terbuka dan mudah mempercayai orang. Dalam erti lain, anda gemar memberikan orang peluang untuk mendekati anda.

4. Amat berhati-hati

  • Walaupun anda bersikap terbuka, anda amat berhati-hati dalam setiap perkara. Tujuannya, agar anda tidak ditipu dan tidak menjadi mangsa dalam keadaan tertentu.

5. Tidak impulsif atau spontan

  • Anda seseorang yang bersikap rigid dan sukar untuk berubah. Anda tidak impulsif dan sukar untuk bertindak spontan dalam pelbagai hal.

6. Berfikir sebelum bercakap atau bertindak

  • Untuk mengelakkan anda tersalah cakap, anda gemar berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Tindakan tersebut adalah sesuatu yang bagus dan amat dipuji.

7. Memerlukan masa diri sendiri

  • Setelah penat bekerja, anda gemar untuk manjakan diri sendirian tanpa sebarang gangguan. Ini kerana anggap diri anda perlukan ruang privacy.

8. Ambil masa proses & berkongsi perasaan

  • Jika mengalami kekecewaan, anda suka tenangkan diri untuk memproses emosi anda sebelum berkongsi cerita hati anda dengan orang lain.

9. Berjiwa murni

  • Ramai yang melihat anda jujur dan ikhlas. Jiwa murni anda dapat dirasai oleh sesiapa sahaja yang mendekati anda.

10. Bertanggungjawab

  • Jika menerima sebarang tugasan, anda akan pastikan semuanya beres dan anda meletakkan tanggungjawab 100 %.
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: