Petua dan Amalan Elakkan Lupa Ilmu Yang Telah Dihafal dan Dipelajari
Untuk menghadapi sesuatu peperiksaan, anak-anak mestilah dalam keadaan yang serba bersedia. Baik persediaan dari segi rohani maupun jasmani. Ini untuk memastikan mereka dapat menjawab dengan tenang soalan-soalan yang bakal mereka hadapi di dewan peperiksaan kelak.
Antara persediaan rohani selain daripada mengekalkan hubungan baik dengan Allah, usaha untuk mengingati apa jua ilmu berkaitan yang telah dipelajari juga harus ditekankan. Ini memerlukan usaha dan latih tubi secara berterusan untuk mengelakkan lupa.
Untuk ini, ada petua dan amalan yang boleh dilakukan oleh anak-anak yang beragama Islam untuk elakkan lupa ilmu yang telah di pelajari dan dihafal selama ini.
Petua dan amalan yang mahal ini disampaikan oleh PU Salman di dalam salah satu ceramahnya dan sangat sesuai dijadikan amalan oleh anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan. Tak kiralah peperiksaan apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh.
berikut adalah amalan dimaksudkan. Senang saja amalannya:
- Sebaiknya berwuduk dahulu.
- Ambil segelas air kosong.
- Baca Surah Al A’la (rujuk video di atas)
- Sampai ayat ke-enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7x (tujuh kali), kemudian tiup dalam air.
- Sambung bacaan hingga akhir ayat.
- Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.
Sangat baik diamalkan di pagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga.
Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri untuk buat amalan ni. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.
Apa-apa pun kita sebagai hamba, hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal. Apa jua keputusannya kita terima kerana kita tahu perancangan Allah adalah yang terbaik. Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.