Petua Faizal Hussein Kekalkan Bentuk Badan Ideal Di Usia 51 Tahun. Tip No 2 Tu Memang Wow
Pelakon Faizal Hussein tetap kelihatan segak biarpun usianya telah menginjak ke angka 51 tahun. Mengekalkan bentuk badannya, Faizal mengamalkan beberapa petua untuk terus kekal bertenaga.
1. Minum air masak.
“Saya sering mengamalkan minum air masak untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Saya sering mengelak untuk menikmati minuman manis,” katanya.
2. Tak pernah tambah nasi.
“Saya makan semua jenis makanan. Saya juga makan nasi tetapi saya tidak pernah menambah nasi. Cukup sekadar sepinggan nasi sahaja. Biarpun lauk yang dihidangkan sedap-sedap belaka, saya tetap dengan pendirian menjamah sepinggan nasi,” kata Faizal.
3. Tak pergi gimnasium.
“Saya memang tak ke gimnasium atau pusat kecergasan. Saya hanya bersenam di rumah sahaja. Saya juga tidak mengamalkan ‘jogging’. Jika saya diberikan watak berat untuk menjayakan karakter berbentuk aksi, baru saya akan mula berlari untuk mempersiapkan diri,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Faizal membintangi filem televisyen istimewa sempena sambutan Syawal, The Hantus yang disiarkan di Astro First Eksklusif.
The Hantus turut menampilkan Alif Satar, Hannah Delisha, Khatijah Tan dan ramai lagi ini bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 bermula 1 Syawal (15 Jun 2018).
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton The Hantus dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, The Hantus juga boleh disaksikan menerusi platform digital ‘on demand’.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Cinema Online, Cinema.com.my