Tak Perlu Antibiotik, Inilah 9 Petua Mudah Hilangkan Kahak Hijau
KAHAK HIJAU PETANDA BAIK
Ia adalah perkara normal. Malah ia juga petanda bahawa sistem imunisasi bertindak dengan baik dalam melawan kuman dalam badan. Ia turut menandakan bahawa penyakit yang dihidapi bakal berakhir tidak lama lagi.
Tapi ramai yang salah sangka apabila melihat kahak berwarna hijau sebagai petanda kesihatan mereka semakin teruk sedangkan ia adalah sebaliknya. Elak makan antibiotik untuk hilangkan kahak hijau kerana ia sebenarnya tidak membantu menghilangkan malah menyebabkan proses penyembuhan menjadi lambat.
9 PETUA HILANGKAN KAHAK HIJAU
1. BANYAKKAN PENGAMBILAN CECAIR
Apabila banyak cecair dalam badan, kahak akan menjadi semakin tipis dan melegakan sakit di kerongkong. Banyakkan minum air kosong atau teh hijau panas dan sup ayam. Minum juga jus sitrus seperti oren, lemon dan limau nipis kerana vitamin C di dalamnya mencepatkan proses penyembuhan. Minum jus buah-buahan juga salah satu cara nyah-toksin.
2. KURANGKAN MINUMAN MANIS DAN SEJUK
Minuman berkarbonat, kopi dan teh biasa menggalakkan lagi pengumpulan kahak. Begitu juga minuman sejuk. Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)
3. MAKAN NANAS
Mengandungi Bromelain, nanas membantu mengurangkan kahak dan sebagai agen antiradang, nanas meluaskan ruang yang tersekat akibat pengumpulan kahak. Boleh dimakan terus atau dibuat jus segar. Tambahkan sedikit madu, sedap!
4. BANYAKKAN MAKANAN HIJAU
Sayur-sayuran bertindak sebagai penghalang semula jadi pada masalah alergi dan kahak terutamanya bawang putih, kubis bunga, brokoli dan bawang merah. Jauhi makanan rapu, makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
5. ELAK PRODUK TENUSU
Makanan yang mengandungi susu seperti coklat, keju, yogurt dan susu akan menebalkan lagi kahak.
6. MINYAK EUCALYPTUS
Titiskan 2 hingga 3 minyak Eucalyptus dalam satu pot air dan rebus. Kemudian masukkan dalam bekas dan sedut wap. Ia membantu hilangkan kahak dan melegakan rasa sesak yang disebabkan oleh pengumpulan kahak.
7. ELAK TELAN KAHAK
Jangan ditelan kahak kerana ia mengandungi pelbagai kompaun bakteria seperti immunoglobulins dan glycoproteins yang boleh mengganggu kesihatan badan.Ia seperti anda memasukkan semula bakteria dalam badan yang ingin keluar!
8. KURANGKAN STRES
Stres akan menyebabkan sistem imunisasi menjadi lemah untuk melawan penyakit dalam badan secara tak langsung melambatkan proses penyembuhan.
9. BERSIHKAN PERSEKITARAN
Debu dan hama boleh menambahkan lagi ketidakselesaan pada hidung dan tekak. Kemas dan vakum rumah atau bilik.
PERIKSA PETANDA INI SEBELUM HILANGKAN KAHAK DENGAN UBAT-UBATAN
Kahak berwarna kuning, bermakna sistem imunisasi sedang ‘berperang’ dengan kuman dalam badan. Kahak berwarna putih/jernih bermakna badan sedang memasuki peringkat awal ‘tidak sihat’.
Dua situasi ini membolehkan anda mengambil ubat untuk merawat kahak namun elak mengambil sebarang ubat jika ingin hilangkan kahak berwarna hijau. Tapi, jika kahak anda disertai dengan penyakit lain yang semakin teruk seperti demam atau sakit kepala, cepat-cepatlah berjumpa doktor ya!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!