Turunkan Berat Badan Guna Air Rebusan Asam Gelugur

Petua Turunkan Berat Badan Guna Air Rebusan Asam Gelugur, Sedap Pun Sedap!

Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang belum tahu bahawa air rebusan asam gelugur dapat membantuk untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan nafsu makan.

Selain itu, air rebusan asam gelugur juga bermnafaat mengawal kolesterol, melawaskan penghadaman dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Nak tahu buat macam mana? Ikuti perkongsian lengkap di bawah.

AIR REBUSAN ASAM GELUGUR UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

Sebenarnya, air rebusan ini sangat bermanfaat untuk mencantikkan kulit dan untuk turunkan berat badan. Kandungan HCA yang tinggi pada asam gelugur dapat bantu kurangkan nafsu makan dan cegah pembentukan lemak dari penghasilan gula dari karbo yang diambil dalam makanan.

Maksudnya kalau minum air ini, badan tak akan serap lemak. Best kan? Makan tapi lemak tak stay. Banyak lagi khasiat asam gelugur.

Antaranya adalah:

  • Kawal kolesterol
  • Lawaskan penghadaman
  • Rawat cacing dalam badan
  • Kecutkan rahim
  • Kurangkan gejala reumatisme atau penyakit radang sendi seperti gout
  • Kurangkan tekanan darah tinggi

Bahan-bahan diperlukan:

  • 5 hingga 6 keping asam gelugur
  • Daun pandan (simpul atau koyakkan)
  • 5 gelas air

Cara penyediaan:

1. Rebuskan semua bahan di atas sehingga menggelegak dan tapis.

2. Minum airnya dan amalkan sebelum makan. Nak lagi sedap boleh tambahkan sedikit madu untuk rasa manis.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Suhaniza Isenen

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: