JDT Dan Felda United Piala AFC 2017

Piala AFC 2017: Adakah JDT dan Felda United akan bertemu seawal di Zonal Semi Final?

JDT dan Felda United merupakan 2 pasukan yang mewakili Malaysia dalam Piala AFC 2017. Dalam format terbaru, jika terdapat 2 pasukan dari satu negara yang melepasi peringkat kumpulan, kedua-dua pasukan ini boleh bertemu sesama sendiri seawal peringkat Zonal Semi Final. Ia merupakan peringkat selepas peringkat kumpulan.

Berdasarkan mata pasukan JDT dan Felda United, adakah mereka akan bertemu sesama sendiri pada peringkat seterusnya? Sebelum menjawab soalan ini, kami terangkan bagaimana pemasangan pasukan untuk peringkat Zonal Semi Final dilakukan dan atas kriteria yang mana JDT dan Felda United akan layak ke peringkat ini.

Penentuan pasukan dalam peringat Zone Semi Final

[AdSense-B]

Pemasangan pasukan pada peringkat Zone Semi Final ini ditentukan berdasarkan pasukan tempat ke 2 terbaik dan untuk memudahkan pemahaman kita boleh lihat tiga situasi dibawah:

Situasi 1: Jika pasukan ke 2 terbaik dari kumpulan F – Juara kumpulan F vs Juara kumpulan H & Naib Juara kumpulan F vs Juara kumpulan G

Situasi 2: Jika pasukan ke 2 terbaik dari kumpulan G – Juara kumpulan G vs Juara kumpulan F & Naib Juara kumpulan G vs Juara kumpulan H

Situasi 3: Jika pasukan ke 2 terbaik dari kumpulan H – Juara kumpulan H vs Juara kumpulan G & Naib Juara kumpulan H vs Juara kumpulan F.

Berdasarkan ketiga-tiga situasi diatas, perlawanan antara JDT dan Felda United akan terjadi sekiranya situasi 1 berlaku iaitu JDT mendapat tempat ke-2 terbaik dari kumpulan F dan Felda United menjadi juara kumpulan G. Perkara ini kemungkinan besar boleh berlaku berdasarkan kedudukan mata sekarang.

JDT dalam kumpulan F

Kumpulan F diketuai oleh Global FC dan diikuti rapat  oleh JDT. Namun, baki 2 lagi perlawanan menemukan pasukan yang sama iaitu Boengket Angkor FC dan Magwe FC. Di atas kertas, Global FC dan JDT boleh menewaskan kedua-dua pasukan ini dan seterusnya layak ke Zonal Semi Final sebagai tempat ke-2 terbaik

tempat ke-2 terbaik piala afc 2017

Felda United dalam kumpulan G

Baki 2 perlawanan adalah dengan menentang Tampines Rovers dan juga Ha Noi FC. Kumpulan G diketuai oleh Ha Noi FC dengan kelebihan 3 mata berbanding Felda United. Felda United perlu menang dalam kedua-dua perlawanan itu dengan jaringan yang besar.

Ini kerana jika Ceres FC menang baki 2 perlawanan, mereka akan mempunyai mata yang sama dengan Felda United dan perbezaan gol akan menentukan siapa juara kumpulan. Tempat ke-2 dalam kumpulan G tidak akan melayakan Felda ke peringkat seterusnya sekiranya JDT menang baki 2 perlawanannya.

Makanya, Felda United perlu menjadi juara kumpulan G untuk berada di peringkat Zonal Semi Final.

[AdSense-B]

Kesimpulan

Jika JDT menjadi tempat ke-2 terbaik dari kumpulan F dan Felda United menjadi juara kumpulan G, maka pertembungan antara kedua-dua pasukan ini di peringkat Zonal Semi Final tidak dapat dielakkan. Ia akan menjadi jumlah 5 pertemuan untuk musim ini sebelum Piala Malaysia bermula.

Secara jujurnya, adakah anda ingin pertemuan ini berlaku di Zonal Semi Final atau Zonal Final untuk zone Asean?

Baca juga: Semoga Junior Eldstal cepat sembuh

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: