Boeungket Angkor FC 0 JDT 3

Piala AFC 2017: Boeungket Angkor FC 0 JDT 3, laporan dan video highlights

Perlawanan saingan peringkat kumpulan F Piala AFC antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Beoungket Angkor FC berlangsung pada 19hb April 2017 di Stadium Olimpik Nasional, Phnom Penh. Keputusan penuh Boeungket Angkor FC 0 JDT 3.

Boeungket Angkor FC 0 JDT 3 gol pertama safawi rashid

Satu rombakan mengejutkan apabila JDT membariskan kesebelasan serba berbeza malah turut menurunkan penjaga gol ketiga untuk menjaga gawang. Percaturan tersebut membuahkan hasil awal apabila Safawi Rasid berjaya melepasi halangan pertahanan dengan larian solo seterusnya memperdayakan penjaga gol lawan untuk meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-7.

[AdSense-B]

Gol kedua JDT hadir pada minit ke-25 apabila Nazmi Faiz bijak membaca peluang setelah melihat penjaga gol berada jauh dari pintu gol sekaligus membuat sepakan tinggi terus ke pintu gol.

Boeungket Angkor FC 0 JDT 3 gol nazmi faiz

JDT hampir menambah jaringan apabila diberikan penalti dua minit sebelum tamat separuh masa pertama berpunca selepas Gopinathan dikasari oleh pemain lawan dalam kotak penalti. Walaubagaimanapun Azammuddin Akil yang mengambil sepakan penalti tersebut gagal memperdayakan penjaga gol tuan rumah.

Babak masa kedua masih menyaksikan JDT selaku pasukan pelawat masih lagi mendominasi permainan. Beberapa percubaan ke arah pintu gol Beoungket Angkor berjaya mencemaskan pasukan tuan rumah. Kemasukan Gabriel Guerra berjaya menambah jaringan pada minit akhir dan kedudukan kekal hingga tamat masa perlawanan dengan keputusan 3-0 memihak kepada JDT.

[AdSense-B]

Kesebelasan utama:

Boeungket Angkor FC 0 JDT 3 kesebelasan utama

Haziq Nadzli, Azammuddin Akil (S. Chanturu 45), Aidil Zafuan (C), S. Kunanlan, Fazly Mazlan, Shakir Shaari, R. Gopinathan, Mahali Jasuli, Nazmi Faiz, Dominic Tan Jun Jin (Fadhli Shas 70) dan Safawi Rasid (Gabriel Guerra 81).

Boeungket Angkor FC 0 JDT 3 line up

[AdSense-B]

Pemain simpanan yang tidak diguna:

Farizal Marlias, Hasbullah Abu Bakar, Afiq Fazail dan Gonzalo Cabrera

Kad kuning:

Safawi Rasid, Mahali Jasuli dan Fadhli Shas.

Video Highlights, Boeungket Angkor FC 0 JDT 3

Carta terkini Piala AFC Group F

Carta terkini piala AFC 2017

Baca juga: Previu Piala AFC 2017: Misi 3 mata, tewaskan Boeungket Angkor FC!!

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: