Piala AFC 2017: Kumpulan F, kenali Boeung Ket Angkor FC
JDT diundi bersama wakil dari negara Myanmar, Filipina dan Kemboja dalam kumpulan F pada Piala AFC 2017. Dalam artikel ini, kami akan menulis mengenai pasukan dari Kemboja iaitu Boeung Ket Angkor FC.
Boeung Ket Angkor FC dikenali sebagai Boeung Ket Rubber Field sebelum Januari 2015 dan pasukan ini berpengkalan di Kompongcham, Kemboja. Mereka bemain dalam liga devision pertama di Kemboja.
Gelaran: Blue Dragon Boeung Ket
Halaman: Phnom Penh Olympic Stadium, Phnom Penh (kapasiti: 50,000)
Manager: Be Makara
Jurulatih: John Mcglynn
Website: http://www.boeungketfc.com/
Kejayaan dalam Liga Kemboja
Juara (2): 2012 , 2016
Naib juara (2): 2013, 2014
Penampilan di Piala AFC
Tahun ini merupakan penampilan pertama Boeung Ket Angkor FC dalam Piala AFC. Mereka memperolehi slot kelayakan apabila menjadi juara Liga Kemboja pada tahun 2016. Mereka berjaya menempatkan diri dalam peringkat kumpulan apabila berjaya menewaskan Lao Toyota dengan aggregate 2-1.
Pemain tumpuan
Dua penyerang import kelahiran Brazil dan Jepun iaitu Maycon Calijuri dan Tomoki Muramatsu. Tomoki Muramatsu menjaringkan gol kemenangan ketika mengalahkan Lao Toyota ketika pusingan kelayakan Piala AFC 2017.
Baca juga: Dari Arkib: Apabila Johor DT menjuarai Piala AFC 2015