Ma Ranking Malaysia Jdt

Piala AFC: Bolehkah kemenangan pertama JDT menaikan MA ranking Malaysia?

MA Ranking Malaysia: Bolehkah keputusan perlawanan pertama JDT dan Felda United dalam Piala AFC 2017 yang akan berlangsung esok boleh mempengaruhi ranking?

————————————————————————–

Nota penting: Sila baca, pahamkan dan sebarkan.

————————————————————————–

[AdSense-B]

1- Mengikut MA ranking terkini yang dikeluarkan oleh AFC, malaysia berkedudukan ke-7 di belakang Hong Kong dan Thailand. Beza mata antara Thailand dan Malaysia adalah sangat sedikit.

2- Kedudukan tempat 1-4 memang mustahil untuk di perolehi. Malaysia hanya berpeluang untuk memintas Hong Kong atau Thailand

3- Tiada perubahan mata (10%) dari pasukan kebangsaan kerana ranking FIFA tidak berubah.

4- Untuk pengiraan mata untuk kelab (90%), jumlah mata terkumpul akan dibahagikan dengan negara yang mengumpul mata terbanyak. Untuk pengiraan semasa, UAE mengumpul mata terbanyak dan mempunyai 4 wakil dalam Piala ACL. Atas kesukaran untuk meramalkan mata yang akan UAE, kami mengunakan mata yang sama selepas perlawanan pertama untuk mengira MA ranking Hong Kong, Thailand dan Malaysia.

[AdSense-B]

5- Perlawanan-perlawanan yang akan memberikan mata kepada Hong Kong, Thailand dan Malaysia:

5.1- Brisbane Roars (Aus) vs Muangthong United (Thai) – 21/2/2017

5.2- Guangzhou Evergrande FC (Chn) vs Eastern FC (HKG) – 22/02/2017

5.3- Johor DT (Mas) vs Beoungket Angkor FC (Cam) – 21/02/2017

5.4- Tampines Rovers FC (Sin) vs Felda United (Mas) – 21/02/2017

[AdSense-B]

6- Untuk pengiraan kami meramalkan kelab dari Hong Kong dan Thailand tewas dalam perlawanan masing-masing. Manakala JDT menang dan Felda United tewas. Ini adalah mata yang paling minimum yang boleh dikumpul oleh kelab malaysia dan kami mahukan JDT menaikan MA ranking Malaysia atas usaha sendiri. Ini adalah selari dengan apa yang kami tulis sebelum ini.

Baca ini: JDT boleh ke Piala ACL 2019 berdasarkan 4 perkara ini

7- Kemenangan dalam Piala AFC memberikan 3 mata. Untuk kiraan mata MA ranking, mata tersebut akan dibahagi dengan jumlah kelab dari negara yang sama dan dibahagi lagi dengan 3. Jadi, dengan JDT menang dan Felda United kalah Malaysia akan mendapat tambahan 0.5 mata untuk 2017.

8- Seterusnya, hasil kiraan keseluruhan menjadikan MA ranking Malaysia berada di nombor 6, memintas Thailand buat seketika.

9- Untuk makluman semua, penentuan slot Piala ACL 2019-2020 akan ditentukan menerusi MA ranking pada november 2017.

Baca juga: TMJ mengaku silap, ini pulak respon kami

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: