JDT Vs Perak PM Result

Piala Malaysia 2017: JDT 3 Perak 0, Harimau Selatan Mara ke Akhir

Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2017 berlangsung di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunus, Larkin. Selepas aksi pusingan pertama minggu lalu berakhir dengan keputusan seri. Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak TBG hadir ke Larkin dengan misi memburu tiket ke perlawanan akhir,

Ulisess Morais seperti biasa mencaturkan formasi 4-3-3 buat anak-anak buahnya. 2 pertukaran dilakukan Morais berbanding skuad ketika bertandang ke Ipoh dalam aksi separuh akhir yang pertama. Fazly Mazlan kembali mengambil tempat beliau dari Hasbullah Abu Bakar di bek kiri manakala Afiq Fazail kembali digandingkan bersama Natxo Insa dan Safiq Rahim.

Fazly Mazlan vs Perak

Mehmet Durokovic pula mencaturkan formasi 4-4-2 buat anak-anak buahnya bagi menyaingi kekuatan JDT. Sekali lagi turun tanpa 3 tonggak utamanya Mehmet menggandingkan Zaquan Adha dan Gilmar untuk menggempur gawang JDT.

[AdSense-B]

Separuh Masa Pertama

JDT melakukan sepak mula cuba merencanakan serangan awal ke kubu Perak. Gabriel Guerra yang cuba masuk dari sebelah kanan disekat pertahanan Perak. 5 minit pertama menyaksikan serangan yang cuba diatur JDT mudah dipatahkan pertahanan Perak. Pasukan Perak melakukan ‘high pressing’ untuk menyekat serangan JDT sambil sekali sekala mengatur serangan.

Serangan pertama Perak hadir pada minit ke-11 apabila hantaran lintang Gilmar yang mencari Zaquan Adha berjaya dihalang Izham Tarmizi. JDT cuba bertindak balas apabila memperolehi sepakan percuma pada minit ke-16. ‘Set-piece’ menarik dilakukan membuka ruang buat Cabrerra namun hantarannya berjaya di halang.

Fadhli Shas vs Perak

JDT cuba melakukan ‘build up’ melalui hantaran-hantaran pendek seperti kebiasaanya namun masih gagal menembusi barisan pertahanan Perak yang mengekalkan disiplin mereka ketika bertahan.

Minit ke-22 menyaksikan JDT memperolehi sepakan percuma apabila S. Kunalan dijatuhkan Beto. Sepakan percuma diambil Safiq Rahim cuba disudahkan Junior Eldtal melalui sepakan ‘volley’ namun ianya melambung tinggi.

[AdSense-B]

JDT memperolehi sepakan penjuru pada minit ke-30. Sepakan Safiq Rahim ditanduk kelua pertahanan dan jatuh ke kaki Cabrerra yang kemudiannya melakukan rembatan susulan. Walaubagaimanapun rembatan Cabrerra berjaya dihalang pertahan Perak. Guerra yang cuba melakukan susulan gagal menyempurnakan peluang apabila sepakannya tersasar.

JDT sekali lagi mengatur serangan pada minit ke-33. Kali ini S. Kunalan yan membuat gelecekan dari sebelah kanan dan masuk ke Zon 14. Namun larian Kunalan berjaya dihalang Shahrom Kalam. Guerra yang melakukan rembatan susulan gagal menemui gawang Perak apabila ianya tersasar.

Kunalan vs Perak

Kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan. Shahrul Saad melakukan rembatan dari jarak 30 meter pada minit ke-36 namun ianya terlalu tinggi.

Peluang terbaik buat JDT hadir pada minit ke-40 apabila sepakan percuma yang diambil Safiq Rahim disusuli rembatan kencang Cabrerra namun sekali lagi dihalang. Kali ini bola terbias dan cuba disudahkan Fadhli Shas yang melakukan sepakan gunting ke arah gol namu berjaya ditampan keluar Hafizul Hakim.

Perak melakukan serangan balas pada minit ke-42. Namun sepakan Zaquan berjaya diselamatkan Izham Tarmizi.

JDT melakukan ‘counter attack’ pada minit ke-45 apabila Izham yang sebelum itu menyelamat kan sepakan percuma Nazirul Naim melakukan hantaran pantas kepada Cabrerra. Cabrerra yang melakukan gerakan pantas berjaya menewaskan 2 pertahanan lawan sebelum melorongkan bola kepada Mohammad Ghaddar. Walaubagaimanapun rembatan Ghaddar berjaya dihadang Nazirul.

2 minit masa tambahan yang diberikan pengadil gagal disempurnakan kedua-dua pasukan. Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.

[AdSense-B]

Separuh Masa Kedua

Separuh masa kedua dimulakan denga Perak melakukan serangan awal bagi mencari gol ditempat lawan. Zaquan Adha melakukan hantaran lintang namun tandukan Gilmar tidak mengenai bola dan tersasar pada minit ke-48.

JDT sekali lagi memperolehi sepakan percuma pada minit ke-50. Walaubagaimanapun sepakan tepat Safiq Rahim ke gawang Perak berjaya diselamatkan Hafizul Hakim. Perak melakukan ‘counter attack’ pada minit ke-55. Percubaan Nasir Basharudin dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan Izham.

Gol pertama perlawanan akhirnya hadir buat JDT pada minit ke-57 apabila Ghaddar melakukan lorongan yang baik untuk Cabrerra mudah menewaskan Hafizul Hakim. Kelekaan barisan pertahanan Perak berjaya dimanfaatkan Cabrerra untuk gol pertama JDT.

cabrerra vs Perak

Perak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-62 apabila Gilmar yang masuk dari sebelah kanan menghantar bola kepada Zaquan Adha namun tertampan S. Kunalan ke gawang sendiri. Walaubagaimanapun gol tersebut tidak disahkan kerana Zaquan yan berada dibelakang Kunalan dalam keadaan ‘offside’.

JDT melakukan pertukaran pemain yang pertama pada minit ke-70 dengan memasukkan Darren Lok bagi menggantikan Ghaddar, Perak juga melakukan pertukaran pertama pada minit ke-72 dengan memasukkan Nizadd Ayub bagi menggantikan Zaquan.

[AdSense-B]

Gabriel Guerra menggandakan gol buat JDT pada minit ke-74 apabila hantaran tinggi Afiq Fazail melepasi Nazirul Naim dan sampai kepada Guerra yang kemudiannya mudah menewaskan Hafizul.

Gaby

Perak cuba melakukan serangan balas pada minit ke-76 apabila Beto yang berajaya masuk ke kawasan ‘halfspace’ cuba melakukan hantaran lintang. walaubagaimanapun hantarannya di pintas Fazly Mazlan.

Gonzalo Cabrerra menjaringkan gol peribadi kedua beliau apabila gerakan menarik antara Afiq Fazail, Safiq Rahim dan Darren Lok menghasilkan ruang buat Cabrerra untuk mudah menolak masuk gol ketiga JDT.

[AdSense-B]

Setelah ketinggalan 3 gol berbaki 5 minit terakhir pasukan Perak seolah-olah hilang punca apabila membiarkan pemain-pemain JDT menguasai perlawanan. 4 minit masa tambahan diberikan pengadil berakhir tanpa tambahan gol.

Kemenangan 3-0 malam ini melayakkan JDT ke perlawanan akhir dengan aggregat 4-1. Harimau Selatan bakal bertemu pasukan Helang Merah yang berjaya menewaskan Felda United denga aggreagat 3-1. Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 4 November 2017 di Stadium Shah Alam.

Baca juga: JDT Bergaya Ke Final Piala Malaysia 2017

 

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: