Piala Sumbangsih 2017 Jdt Lwn Kedah

Piala Sumbangsih 2017 Menjadi Perlawanan Pertama JDT

Pada hari ini, satu sesi perbincangan khas Liga Malaysia telah diadakan oleh FMLLP bersama Setiausaha Agung / Kehormat / Eksekutif pasukan di Wisma FAM, Kelana Jaya. Perebutan Piala Sumbangsih 2017 menjadi perlawanan pertama untuk JDT.

Apakah intipati perbincangan khas ini?

1. Majoriti pasukan bersetuju untuk mengekalkan format liga sediada iaitu Piala Malaysia serentak dengan Liga Malaysia namun ada cadangan supaya Piala Malaysia dijalankan lebih awal bagi mengelak kepadatan jadual. Mekanisme kelayakan Piala Malaysia bagi musim 2018 akan diperhalusi oleh Sekretariat FMLLP

[AdSense-B]

2. Konsistensi menjadi matlamat FMLLP dengan Liga bermula pertengahan Januari dan tamat pada bulan Oktober, iaitu selama 10 bulan dan akan kekal pada masa akan datang.

3. Liga Malaysia 2017 akan bermula pada 20 Januari untuk Liga Premier manakala Liga Super pada 21 Januari.

4. Piala Sumbangsih 2017 di antara JDT dan Kedah akan berlangsung pada 20 Januari di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

5. Perkara-perkara yang melibatkan Organisasi Teknikal Pertandingan (OTP)

6. Buku Manual Pertandingan 2017 dan

[AdSense-B]

7. Perkembangan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 dan Taklimat Liga Malaysia.

Harapan dalam Piala Sumbangsih 2017

Kami berharap JDT dapat menjadi juara Piala Sumbangsih untuk tiga tahun berturu-turut. Moga dengan kemenangan ini, pemain akan bermotivasi tinggi untuk menghadapi Bangkok United pada perlawanan preliminary 2 Piala ACL 2017 di Thailand.

Baca juga: Farizal Marlias Kembali Berlatih, Azinee Taib Berlatih Bersama JDT II

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: