Ulisses Morais Jdt

Preview Liga Super: JDT vs Pulau Pinang, Taktikal Jadi Taruhan JDT?

Liga Super Malaysia bakal membuka tirainya pada 1 Julai setelah aksi Liga-M direhatkan bagi memberi laluan aksi persahabatan antarabangsa dan bulan Ramadhan yang lalu. Pertembungan JDT kali ini menemukan pasukan dari tangga terbawah liga, Pulau Pinang yang mendapat sentuhan dari Zainal Abidin.

JDT pula baru mendapatkan pengurus baru berasal dari Portugal, Ullises Morais dan ditambah juga dengan kemasukan pemain tengah berpengalaman dari Sepanyol, Natxo Insa.

Taktikal 4-3-3 masih menjadi pilihan

Morais yang baru sahaja dilantik menjadi pengurus JDT beberapa minggu yang lalu dikatakan seorang yang menggemari formasi 4-3-3 menyerang. Dalam perlawanan menentang Pulau Pinang Sabtu ini, Morais bakal menurunkan kelima-lima import, salah satunya didaftarkan sebagai pemain tempatan iaitu Natxo Insa.

Perlantikan pengurus baru dan kemasukan pemain baru ini dijangka bakal merealisasikan impian TMJ yang ingin melihat JDT menjulang kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut. Nampaknya, JDT betul-betul ingin mengekalkan takhta Liga Super dengan mencuba mengekalkan jarak mata dengan Pahang dan Kedah.

Import baru, harapan Zainal hadapi JDT

Setelah menempuh saingan pusingan pertama dengan kegagalan dan terperosok di tangga tercorot liga, FAP melantik Zainal bagi Pulau Pinang sekurangnya melepasi zon penyingkiran untuk tetap bersaing dalam Liga Super tahun hadapan.

Ketika jendela perpindahan yang lalu dibuka, Zainal membawa masuk tiga pemain import baru iaitu Mark Hartmann (atas peraturan perpindahan pemain yang baru), Sanna Nyasi dan Mc Donald yang menggantikan Lobo. Zainal juga bertindak mengekalkan Nigel dan membawa pemain tempatan Azidan dan Surendran dan mendaftarkan semula Elias Sulaiman dan Darwira Sazan.

Pasukan dibawah kendalian Zainal mungkin mengamalkan direct play dan gameplay yang berasaskan fizikal. Penggunaan target man sudah menjadi kebiasaan kepada jurulatih ini namun, dengan pemain-pemain baru yang dibawa masuk, kemungkinan rombakan taktikal bakal berlaku dalam pasukan Pulau Pinang.

Posession play vs Direct attacking?

Kemasukan pemain baru dan juga jurulatih baru ketika jendela perpindahan yang lalu bakal merubah taktikal dan gameplay kedua-dua pasukan. Nampaknya kita bakal menyaksikan perlawanan yang sengit ketika saingan liga mula menjengah

Statistik semasa JDT dan Pulau Pinang dalam Liga Super

Pemain Tumpuan

JDT – Natxo Insa

Pemain yang baru sahaja menaikkan Levante UD dari Liga Segunda ke Liga BBVA dibeli oleh TMJ sebagai usaha untuk meletakkan JDT sebagai juara Liga-M. Seorang pemain yang mempunyai kadar fitness yang tinggi yang berpengalaman mampu membuat covering di ruang yang ditinggalkan pemain tengah. Berpengalaman bermain di liga utama terkenal dunia.

Pulau Pinang – Sanna Nyasi

Pemain ini mencuba nasibnya di Pulau Pinang selepas gagal ujian kecergasan di Kelantan FA. Pernah bermain di Seattle Sounder FC dalam saingan Major League Soccer. Dikatakan antara flanker paling menyerlah ketika beraksi bersama Colorado Rapids dan antara pemain terbaik Colorado ketika itu. Kemasukan beliau bakal menggerakkan flanker paling ampuh untuk Pulau Pinang.

Baca juga: Bagaimana UM boleh merubah taktikal JDT?

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: