PM Sarawak Vs Jdt

Preview Sarawak vs JDT: 3 Mata Dicari Bagi Mencerahkan Peluang Ke Suku Akhir

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan ke-4 peringkat kumpulan Piala Malaysia 2017 yang menemukan Sarawak menentang JDT di Stadium Negeri, Kuching. Coach Morais ingin mendapatkan 3 mata dengan membawa sebahagian pemain utama JDT.

Rekod pertemuan

JDT vs Sarawak Alex

Bagi tahun 2017, perlawanan malam ini merupakan pertemuan ke-4 bagi kedua-dua pasukan ini. Berdasarkan rekod, Sarawak dan JDT sudah bertembung sebanyak 11 kali sejak 2013. JDT mempunyai rekod yang sangat cemerlang bertemu dengan Sarawak

Dari 11 pertemuan, JDT menang 9 perlawanan dan seri 2 perlawanan. Tiada kekalahan dicatatkan. JDT berjaya menjaringkan 26 gol dan hanya 7 bolos. JDT juga memperolehi 5 ‘clean sheet’.

Rekod di Stadium Negeri, Kuching

[AdSense-B]

JDT mempunyai rekod yang amat cemerlang di Stadium Negeri, Kuching. Dari 11 pertemuan, 5 pertemuan telah berlangsung di stadium ini dan JDT menang kesemua 5 pertemuan tersebut. Jaringan terbesar ketika pertemuan dalam Piala Malaysia 2017 dengan keputusan Sarawak 0 JDT 3.

Untuk musim 2017, Sarawak menghadapi kesukaran untuk memperolehi kemenangan walaupun mereka beraksi di stadium dan penyokong sendiri. Dari 12 perlawanan yang berlangsung di stadium ini, Sarawak hanya menang sekali ketika menentang pasukan dari Liga Perdana iaitu MISC-MIFA dengan keputusan 6-3 dalam saingan Piala FA.

‘Revenge time’ oleh Sarawak?

jdt vs sarawak safiq

Sarawak juga dijangka memberi tentangan hebat kepada JDT kerana mereka bermain dihalaman sendiri. Misi untuk membalas dendam dengan kekalahan tempoh hari semasa berkunjung di Larkin.

Masalah utama yang perlu dibaiki oleh Sarawak adalah penguasaan blind side Sarawak di final third kerana defending unit Sarawak sangat mudah di tembusi. Selalu gagal untuk melakukan perangkap offside.

[AdSense-B]

Sarawak mungkin mengharapkan sekali lagi bintang muda meraka iaitu Nur Shamie Iszuan untuk menggempur pertahanan JDT. Beliau yang menunjukkan permainan yang baik semasa bersama pasukan Malaysia U-23 tempoh hari.

Ketiadaan Kereta Kebal Marcos Antonio

jdt vs sarawak marcos

Bagi JDT, Ulisses Morais bakal menurun gandingan Bermuda Triangle iaitu antara Nazmi Faiz, Natxo Insa dan juga Afiq Fazail namun dalam taktikal 4-3-3 penguasaan ruang di bahagian tengah JDT perlu diperbaiki. Hal ni kerana semasa perlawanan menentang Perak Natxo Insa seperti bermain berseorangan dibahagian tengah.

Ketidaan Marcos Antonio kerana kecederaan sedikit sebanyak akan menjejaskan unit pertahanan JDT. Ini akan memaksa Ulisses Morais untuk mencari pengganti yang dapat mengawal bahagian pertahanan.Penyokong juga bakal menyaksikan debut pertama season Gary Steven Robbat untuk tahun 2017 ini.

[AdSense-B]

Diatas kertas Johor Darul Ta’zim menguasi segala taknikal dari segi statistik dan juga taktikal untuk memenangi perlawanan malam ini.

Penulis merasakan perlawanan ini akan menjanjikan satu perlawanan yang hebat dengan aksi yang mendebarkan.

Pemain tumpuan

jdt vs sarawak natxo afiq

JDT-Natco Insa seperti biasa kita ingin melihat penguasaan tengah yg baik dan bijak oleh beliau.

Sarawak- penulis memilih Nur Shamie Iszuan kerana kelajuan dan keberanian tempoh hari menembusi pertahan JDT dan performance semasa dengan pasukan Malaysia U-23.

Baca juga: Natxo Insa Janji Beri Aksi Terbaik Jika Diturunkan

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: