Preview Selangor vs JDT: Semangat JDT Membara, Selangor Mahu Tunda Hasrat JDT
Pasukan kendalian jurulatih Ulisess Morais hanya memerlukan satu mata untuk menokhtahkan kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut.Pasukan kendalian jurulatih Ulisess Morais hanya memerlukan satu mata untuk menokhtahkan kejuaraan Liga Super buat kali keempat berturut-turut.
Selangor pula yang begitu komprehensif ingin membuat sang Harimau Selatan menangis sekali lagi. Mampukah ianya direalisasikan? Penulis cuba menggariskan beberapa isu menjelang perlawanan yang menemukan dua jagoan dalam Malaysia.
[AdSense-B]1- SEMANGAT ‘C4AMPIONES’
Pemain JDT pastinya turun dengan semangat yang membara untuk memastikan edisi ‘C4MPIONES’ mereka berjalan dengan lancar. Seperti mana yang pernah berlaku pada tahun sebelum-sebelum ini, ianya bukan perlawanan yang mudah bagi JDT.
Namun jurulatih Morais pastinya bakal menurunkan skuad terbaik beliau walaupun tanpa kelibat Marcos Antonio. Selangor pula pastinya berada dalam keadaan yang lebih tenang berbanding JDT. Peminat dan penyokong mereka tidak meletakkan harapan yang tinggi memandangkan mereka sedar kualiti pasukan Selangor tahun ini agak kurang dari sebelum-sebelum ini.
2- P.MANIAM MENAGIH KHIDMAT PEMAIN MUDA
[AdSense-B]Penulis melabelkan P.Maniam seorang jurulatih yang hebat. Beliau hanya menggunakan skuad yang rata-ratanya adalah skuad muda. Keberanian beliau mempertaruhkan barisan pemain muda dan berpengalaman sangat dipuji.
Syahmi Safari, Adam Nor Azlin, A.Namathevan dan K.Kannan adalah di antara pemain muda Selangor yang semakin meningkat. Pastinya adrenalin pemain-pemain ini akan berada di tahap tertinggi untuk menangkis serangan buas ‘attacking force’ JDT.
3- 3-5-2 vs 4-3-3
P.Maniam berjaya bermain dengan ‘back three’ sepanjang musim ini di samping aksi cemerlang Khairul Azhan. Sementara JDT, mereka baru meng ‘upgrade’ tengah bertiga dengan kemasukkan Natxo Insa. Umum mengetahui ‘Three Horsemen’ JDT kini berada di tahap yang terbaik.
P.Maniam pasti akan mengarahkan para pemain untuk ‘mengunci’ pergerakan Safiq Rahim dan Natxo Insa. Jurulatih Morais juga masih ada formasi B beliau andai P.Maniam meletakkan ‘parking bus’ di hadapan gawang gol.
4- ‘HEAD TO HEAD’ SELANGOR VS JDT SEJAK 2013
Jumlah pertemuan 12 perlawanan. JDT menang 5 perlawanan. Selangor menang 3 perlawanan. Seri untuk baki 4 perlawanan.
5- 5 PERLAWANAN TERAKHIR
6- PERTAHANAN JDT BAKAL DIUJI
[AdSense-B]Perlawanan tempoh hari menentang Terengganu, pertahanan JDT boleh dikatakan agak relaks walaupun kadang-kadang agak kelam terutama awal perlawanan. Tanpa kelibat ‘The Tanker’, pastinya pengaruh Fadhli Shas sangat ditagih untuk melakukan terbaik dalam menyusun atur ‘shaping’ pertahanan JDT.
KESIMPULAN
Penulis menyeru kepada semua peminat bola tanah air terutama peminat JDT dan Selangor agar turun ke stadium bagi memeriahkan suasana. Perlawanan ini pasti mendebarkan dan akan membuat anda tidak senang duduk dengan aksi aksi yang hebat dari pemain.
Penulis mendoakan supaya JDT menang untuk perlawanan ni supaya dapat mencipta sejarah buat julung kalinya sebagai juara Liga Super Malaysia 4 kali berturut-turut.
Ayuh turut serta bersama penulis menyebarkan semangat #JDTC4MPIONES di ‘wall’ FB anda.
Baca juga: JDT Tekad Julang Kejuaraan Di Selayang Esok