Ghaddar JDT 2017

Previu Liga Super 2017: PKNS FC vs JDT, Misi Kekalkan Perbezaan 6 Mata Keatas Tempat Kedua

Malam ini kita akan menyaksikan 1 perlawanan yang hebat membabitkan pasukan PKNS dan JDT. Pada 15 April 2017 yang lalu, JDT dapat menewaskan PKNS dengan jaringan 2-1. Pada 24 Mei 2017, petemuan kali kedua JDT akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Perlawanan malam ini akan menjadi perlawanan yang mencuri perhatian orang dengan kehadiran player import yang berasal dari Lubnan iaitu Mohammad Ghaddar. Sebelum ini MG pernah bermain dengan pasukan Kelantan FA. Permindahan player ini memang sangat kontroversi antara 2 belah pihak.

Buat pertama kali kita akan menyaksikan perlawanan MG di dalam padang dan adakah mereka akan serasi atau sebaliknya? Menarik untuk kita perhatikan.

Rekod Head to Head

Ini adalah rekod pertemuan antara JDT dan PKNS dari 2013-2017. 11 perlawanan , JDT 5 kemenangan , 3 seri 2 kekalahan manakala PKNS 2 kemenangan, 3 seri 5 kekalahan. Dengan rekod sebegini, adakah JDT Berjaya peroleh kemenangan?

Prestasi Semasa

Berdasarkan statistic yang diberikan, ternyata JDT mendahului setiap aspek.

Jika tengok rekod PKNS baru-baru ini, PKNS bertemu dengan Kedah (seri), PKNS berjumpa dengan Pulau Pinang (seri), jadi untuk perlawanan malam ini tidak boleh diambil mudah oleh Mora walaupun mempunyai kelebihan.

Mampukah JDT beraksi baik tanpa ‘Dynamo’?

Safiq Rahim bersama JDT 2017

Tanpa Safiq Rahim di bahagian tengah sekaligus boleh menyebabkan rentak HDT akan berubah. Kemasukkan Amirul Hadi sebagai pemain gentian sedikit sebanyak member 1001 pertanyaan, mampukah Amirul Hadi menggalas tugas tersebut dengan baik.

JDT dilihat seperti ‘struggle’ tanpa bekas ketua pasukan JDT ini. Boleh dilihat beberapa perlawanan lalu, rentak permainan pasukan JDT menjadi carca marba tanpa kelibat pemain yang berasal dari Selangor ini.

Barisan tengah JDT seperti mati akal. Tiada pergerakkan menarik mahupun hantaran berbahaya dapat diberikan dari pemain tengah kepada unit serangan JDT. Dan malam ini kita bakl menyaksikan sejauh mana kemampuan Afiq-Nazmi-Amirul

Debut Ghaddar: Terbaik atau malapetaka?

Pastinya kelibat Mohammad Ghaddar menjadi tumpuan ramai selepas perpindahan sensasi beliau ke kelab yang berpangkalan di selatan Malaysia. Mampukah Wak Dar menyesuaikan diri beliau di dalam formasi Benjamin Mora yang lebih kepada hantaran pendek dan pantas berbanding di Kelantan yang memang memaksimakan penggunaan beliau sebagai seorang ‘targetman’.

Penulis pernah meletakkan ‘screenshot’ dalam penulisan penulis terdahulu mengenai corak permainan Wak Dar. Tanpa kelibat Safiq Rahim, pastinya permainan ‘targetman’ bakal disajikan kepada kita semua memandangkan tidak akan ada ‘Safiq rules’ di dalam padang.

Pemain tumpuan

JDT – Mohammed Ghaddar

Memadangkan mala mini akan menjadi debut pertama beliau, sudah semestinya aksi beliau di atas menjadi perhatian umum para penganalisis dan pemerhati bolasepak.

PKNS – Patrick Ronaldinho

Pemain ini sering kali menjadi duri dalam daging apabila bertemu dengan JDT. Jadi seudah semestinya perlawanan epik antara dua penyerang berbisa bakal disajikan

Kesimpulan

Semua kekusutan dan misteri akan terjawab pada mala mini. JDT perlu menajamkan bahagian serangan di samping mengukuhkan lagi tembok pertahanan supaya kurang tekanan apabila bermain.

Baca juga: Video: Suasana Penyokong di Stadium Shah Alam Tiga Tahun Lepas

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: