Sidang Media Bersama Boeungket Angkor FC

Previu Piala AFC 2017: Misi 3 mata, tewaskan Boeungket Angkor FC!!

Takhta kumpulan F masih lagi menjadi buruan JDT memandangkan format Piala AFC kali ini memerlukan JDT untuk berbuat demikian. Kali ini, mereka akan menghadapi lawan sama yang ditentang pada 22 Februari yang lalu iaitu Boeungket Angkor FC yang berpangkalan di Phnom Penh, Kemboja.

Pada 19 April ini, JDT sekali lagi akan bertemu lawan yang sama di Phnom Penh National Olympics Stadium di Phnom Penh, Kemboja. Dalam artikel kali ini kami mengulas previu antara kedua-dua pasukan ini.

[AdSense-B]

JDT

Perebutan takhta kumpulan masih diteruskan!

Boeungket Angkor FC aidin

Setelah mengharungi tiga kekalahan pada tahun ini, nampaknya Harimau Selatan bangkit dengan cemerlang dengan tiga kali kemenangan berturut-turut. Namun kejutan Global terhadap JDT pada saingan Piala AFC sebelum ini tidak sepatutnya dipandang remeh kerana kesilapan yang sama boleh membawa kekalahan.

Mora perlu lebih alert dengan pertukaran pemain dengan menurunkan pemain yang lebih cergas dan diletakkan posisi yang sesuai. Boeungket Angkor FC dilihat mampu memintas kedudukan JDT jika JDT dikalahkan pada 19 April nanti, memandangkan beza jarak mata antara pasukan Harimau Selatan dan Boeungket Angkor FC hanyalah tiga mata dan memerlukan sekurang-kurangnya empat gol untuk berbuat demikian.

Amirulhadi tidak diturunkan beri peluang untuk pemain lain

JDT tewaskan Melaka United yol

Amirulhadi dijangka tidak diturunkan oleh kerana beliau telah mengutip dua kad kuning berturut-turut dalam dua perlawanan. Posisi beliau mungkin akan diberikan pada Nazmi untuk bergandingan dengan Safiq. Gabriel Guerra pula diberi peranan freerole dan dijangka akan diletakkan bersama gandingan ini.

Memandangkan pendekatan yang digunakan Boeungket Angkor FC lebih kepada formasi 4-4-2 klasik sudah pastinya pertahanan JDT perlu mengawasi Tomoki Muramatsu yang berperanan sebagai 2nd striker untuk pergerakan yang lebih bebas.

[AdSense-B]

Mora perlu lakukan rotation dengan mengekalkan skuad tempoh hari ketika menentang PKNS tetapi beliau  perlukan beberapa perubahan seperti meletakkan Fazly Mazlan menggantikan Azrif untuk posisi bek kanan dan Safawi diganti dengan Azamuddin Akil untuk sayap kanan.

Syakir Shaari juga perlu diberi peluang lebih lagi dengan memainkan peranan pivot dibahagian tengah bagi memulakan beberapa siri serangan lewat JDT.

Pemain tumpuan

JDT – Safiq Rahim

Top 5 penjaring JDT dalam Piala AFC safiq rahim

Hatrik ketika menentang Melaka United dan beberapa lorongan berbahaya serta gameplay yang kreatif membolehkan dia menjadi “enjin” JDT yang paling berbahaya setakat ini. Perlu diingatkan, Safiq merupakan penjaring kedua terbanyak JDT dengan mengutip dua gol bersama Guerra.

Boeungket Angkor – Tomoki Muramatsu

[AdSense-B]

Tidak dinafikan, produk dari Jepun amat berbahaya bagi jentera pertahanan JDT. Tomoki Muramatsu antara salah satu ancaman untuk JDT pada perlawanan kali ini. Melalui analisis pertemuan terakhir JDT dengan Boeungket Angkor FC, pemain ini kerap kali melakukan beberapa gerakan solo melepasi pertahanan dan hampir saja mencipta gol. Diharap agar pertahanan JDT dapat mengawasi pergerakan beliau dari mengancam pintu gol JDT.

Baca juga: Video: Perjalanan JDT ke Kemboja

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: