Previu Piala AFC 2017 : Misi Layak peringkat kalah mati!
3 Mei ini, seluruh peminat JDT bakal berpeluang menyaksikan perlawanan akhir peringkat kumpulan F Piala AFC 2017 di antara JDT dan Magwe FC yang bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin bagi mengesahkan sama ada JDT layak ke pusingan kalah mati atau sekadar menggigit jari menamatkan saingan hanya di peringkat kumpulan sahaja.
Dalam artikel kali ini kami akan mengulas previu tentang pertemuan epik ini yang akan berlangsung pada malam esok.
Ramai pemain cedera, JDT sedikit “tempang”
Menurut sumber kami, beberapa pemain mungkin tidak diturunkan dalam memburu slot ke saingan kalah mati. Dikhabarkan Brian dan Cabrerra kurang sihat, Fadhli Shas pula dibelenggu kecederaan manakala Safawi tidak dapat diturunkan kerana menjalani penggantungan kerana telah mengutip dua kad kuning berturut-turut.
Ini menyebabkan Mora mungkin ada masalah menurunkan kesebelasan utama yang biasa digunakan. Namun dalam kem JDT masih ramai lagi player yang jarang diturunkan boleh diletakkkan dalam kesebelasan utama nanti. Antara pemain-pemain yang boleh diturunkan seperti Gopi yang boleh menggantikan Cabrerra, Chanturu mahupun Kunanlan.
JDT perlu lebih offensive, intensiti perlu aktif
Kita sedia maklum bahawa Magwe FC lebih bercorak aggresif dengan formasi 4-4-2. Malah mereka mampu seri ketika melayan kunjungan Juara Piala AFC 2015 itu walaupun tahun ini tahun pertama mereka menyertai Piala AFC. Mereka lebih mengamalkan direct attacking football dengan menggunakan Seykou Sylla sebagai target man. Oleh itu, pertahanan JDT perlu lebih alert dalam marking secara man to man dengan target man Magwe FC ini.
Dalam dua perlawanan sebelum ini JDT dilihat kurang offensive pada separuh masa kedua dan dilewat permainan separuh masa pertama. Faktor kurang fit dan jadual padat kini makin menghantui pemain-pemain JDT. Azrif juga seringkali dilihat menjadi weakest link JDT dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.
Nampaknya Mora perlu melakukan beberapa rotation dan kurang menggunakan kesebelasan utama dengan kerap agar semua pemain boleh fokus dan prospek-prospek muda lebih didedahkan dalam perlawanan antarabangsa menjelang perjanjian feeder club yang akan bermula pada tahun hadapan.
Head to Head JDT vs. Magwe FC
Hanya satu seri dari satu perlawanan sahaja.
Pemain Tumpuan
JDT – Safiq Rahim
Kerajinan beliau memberi back up pada bahagian serangan dalam dua perlawanan sebelum ini patut diberi pujian. Beliau amat signifikan sebagai Modern no. 10 dalam menghasilkan beberapa siri serangan ke pintu gol lawan dan menjadi tunjang utama dalam fluidity ball yang di amalkan JDT.
Magwe FC – Seykou Sylla
Pemain ini amat bijak dalam memanipulasi perangkap offsaid dan mempunyai body feint yang baik dengan melakukan beberapa overlapping yang boleh mengelirukan pertahanan JDT seterusnya menjadi senjata utama serangan Magwe FC dalam perlawanan esok.
Baca juga: Huraian jadual bulan Mei untuk JDT