1

Rahsia Bancuhan Nescafe Paling Sedap Macam Minum Di Kafe Mahal

Siapa yang hantu kopi mesti rasa tak lengkap kalau sehari tak pekena minuman kegemaran mereka ini. Bagi peminat tegar nescafe, korang mesti cuba resepi bancuhan nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal.

Resepi ini dikongsikan oleh seorang lelaki yang pernah mempunyai pengalaman berbelas tahun bekerja sebagai ‘barista‘ di Starbuck.

Resepi bancuhan nescafe paling sedap!

1. Sesudu kecil nescafe. Tapi jangan penuh menggunung

2. 2-4 sudu kecil susu cair

3. 1 setengah hingga 2 sudu kecil susu manis

4. Campurkan dan kacau sekali

5. Apabila dicampur dan dikacau, warna dan baunya seperti bau macam dekat Starbucks. Jangan risau, nescafe ini tidak terlalu manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.

6. Selepas kacau, tuangkan air yang betul-betul panas mendidih. Tuang air sehingga 3/4 penuh sahaja.

7. Dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya, warna Sungai Pahang ini yang kita nak. Kalau nak lagi sedap, letak sesudu minyak kelapa dara.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: