Passport

Anda Dah Boleh Renew Passport Secara Online, Ini Caranya Sangat Mudah

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali telah mengumumkan mengenai sistem pembaharuan pasport secara atas talian jabatan jarang digunakan oleh orang awam.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sistem My Online Passport telah pun dilancarkan lebih kurang dua tahun yang lalu. Sistem ini merupakan salah satu usaha naik taraf servis untuk memberi kemudahan kepada pemohon untuk tidak beratur panjang di kaunter.

Pemohon juga boleh memilih cawangan terdekat untuk mengambil passport yang telah siap dan kaedah pembayaran boleh dilunaskan menggunakan kad kredit dan juga debit.

Berikut adalah langkah – langkah untuk menggunakan My Online Passport :

1. Menepati Syarat

Pemohon haruslah mencapai usia 13 tahu keatas dan sudah menjadi pemegang passort. Pemohon berusia di antara 13 hingga 17 tahun, penjaga yang sah dan telah diberikan kebenaran dalam permohonan sebelumnya perlu membuat permohonan melalui sistem ini.

2. Gambar Passport

Gambar pasport haruslah dimuat naik ke dalam sistem semasa proses permohonan. Berikut merupakan ketetapan untuk gambar pasport yang sah:

  • Bersaiz 50mm x 35mm (tinggi x lebar)
  • Pastikan ada ruang 10mm di antara kepala anda dengan bahagian atas bingkai gambar dan ruang 10mm di antara dagu dengan bahagian bawah bingkai gambar
  • Latar belakang haruslah berwarna putih
  • Pakaian harus berwarna gelap. Jika memakai penutup kepala (tudung), sebaiknya pakai yang berwarna hitam

3. Lokasi Pengutipan

Anda boleh menentukan cawangan berdekatan anda melalui 36 lokasi terpilih untuk mengambil passport. Senarai seperti berikut.

4. Yuran Dan Kaedah Pembayaran

Yuran yang dikenakan bagi pembaharuan pasport adalah sebanyak RM200 bagi pemohon yang berusia 13 hingga 59 tahun dan RM100 bagi warga emas.

Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau kad debit. Resit bersama-sama dengan tarikh dan masa untuk mengambil pasport akan diberikan selepas pembayaran dibuat.

5. Barang Yang Perlu Disediakan Sebelum Mengambil Passport

Tiga perkara yang perlu anda bawa bersama iaitu:

  • Kad pengenalan
  • Pasport lama
  • Resit pembayaran

Perlu diingatkan bahawa anda tidak boleh meminta wakil untuk mengambil pasport bagi pihak anda. Bagi pemohon berusia 17 tahun ke bawah, penjaga perlu hadir bersama untuk mengambil pasport tersebut.

Kredit : My Online Passport/Immigration Department of Malaysia

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: