Resepi Burnt Cheesecake Cepat Siap

Resepi Burnt Cheesecake Cepat Siap, Elok Kejadiannya!

Bila dah bosan setelah sekian lama terkurung di dalam rumah, apa sahaja aktiviti yang boleh dilakukan selain mencuba resepi baharu. Inilah masanya untuk kita mencungkil bakat dan salah satunya adalah dengan baking. Ramai orang cakap baking atau membuat kek ini agak sukar dan rumit tetapi tidak dengan resepi burnt cheesecake ini. Mudah dan elok kejadiannya!

RESEPI BURN CHEESECAKE MUDAH, GEBU!

1.Cream cheese 250 gram

2.Gula 1/2 cawan gula

3.Whiping cream 200ml..jangan pepandai pi buh perabih..satgi tak jadi tak tau na. Letak ikut sukatan ja..200ml..kat kotak tu 250ml, jagan p tuang perabih pulak..

4.2 biji telur…memang nak letak 2 biji telur ni..

5.Pstu pecahkan lagi satu telur dan amik kuning sahaja

6.Esen vanilla 1 sdb

7.2 sdb tepung gandum

8.Garam secubit

9.Blend semua bahan..

10.Tuang dalam loyang yang dah dilapik kertas

11.Bakar suhu 160c 40minit..suhu air fryer/oven masing-masing tak sama na..saya buat 160c dulu sebab nak bagi masak bahagian bawah. Kalau saya letak 180c 20min memang tak masak laaa bawah tu atas je burn. So pandai-pandai la adjust suhu na..dah 40 minit baru saya tambah 5 minit lagi dan suhu saya tukar ke 180c..nak bagi yang belah atas burn.

12.Tadaaaaaaa…dah siap..elok kejadian..

Sumber: Cik Puan Sarah

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: