Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang. Menu Bajet Guna 4 Bahan
Andai tak ada idea nak masak apa, menu yang min kongsi ni pasti boleh buka selera. Mana tidaknya, guna bahan-bahan simple je tapi sedapnya tu luar biasa! Sangat mudah dengan menggunakan hanya 4 bahan boleh siap satu hidangan yang buat anda bertambah selera.
IKAN SELAR MASAK RENDANG PADANG
BAHAN-BAHAN:
- 20 biji cili padi
- 1 biji bawang merah besar
- 3-4 ekor ikan selar – lumur sedikit garam & kunyit
- 1 keping asam gelugur @ keping
CARA MEMASAK:
- Mula mula goreng ikan selar sehingga garing.
- Tumbuk cili padi dengan sebiji bawang sehingga separa lumat
- Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elakkan sambal hangus. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang ditumbuk tadi.
- Masukkan asam keping.
- Masukkan garam ikut suka hati dan penyedap makanan.
- Selepas sambal tadi separa masak, masukkan ikan selar yang di goreng tadi.
- Biarkan sebentar ikan itu sebati di dalam sambal. Agak agak dah masak tu boleh la angkat. Siap !
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: