Resepi Kengsom Berpuaka Thai

Resepi Kengsom ‘Berpuaka’ Thai, Bahan Tak Rumit & Sedap!

Sudah pasti masakan dari negara jiran iaitu Thailand mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Masakan yang mempunyai rasa pedas dan masam macam ini memang enak dimakan bersama nasi putih panas. Salah satu menu yang menjadi kegilaan ramai adalah masakan Kengsom yang diibaratkan sebagai ‘asam pedas Thailand’. Tak susah pun sebenarnya nak masak menu ini dan ini merupakan resepi yang anda wajib cuba!

RESEPI KENGSOM BERPUAKA!

Kengsom ni banyak versi. Ada yang guna bawang merah. Ada yang tumis dulu. Tapi saya ikut resepi kawan yang berasal dari Thailand. Bahan pon tak rumit. Senang! Mudah! Cepat! Nasi panas-panas, kuah banjir. Kuah pulak masam, manis pedas.

BAHAN-BAHAN

-Bawang putih

-Serai

-Lada merah merah besar

-Cili padi. (Lebihkan jika suka pedas)

-Kunyit hidup

-Belacan

*Tumbuk sampai lumat. Nak senang kisar dengan sedikut air je sampai lumat

1.Didihkan air. Masukkan bahan yang diblend tadi.

2.Masukkan asam keping. Nak guna jus limau pon boleh.

3.Masukkan serbuk perasa. Saya guna maggi cukup rasa.

4.Garam

5.Gula

6.Bila kuah dah mendidih, masukkan nenas. Taknak pon xpe. Ikot la selera masing – masing.

7.Masukkan ikan satu persatu. Ikan yang sesuai utk masak kengsom:

-Ikan siakap.
-Kembong
-Merah
-Kerisi ( buang sisik dulu)
-Duri
-Talapia merah.

8.Bila ikan dah masak, kuah pon cukop rasa pedas masam manis, masukkan kangkung. Tutup api. Tutup periuk.

9.Tadaaaa… Bismillah

Sumber: Siti Syuhaila Yusoff

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: