Peanut Butter Brownies

Jom Cuba Resepi Peanut Butter Brownies Ni Yang Mendapat Share Di Facebook 6K

Brownies mempunyai permukaan yang rapuh dan merekah selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Ia merupakan pencuci mulut yang popular di Amerika Syarikat dan Eropah. Teksturnya padat di mana ia mempunyai kedua-kedua tekstur di antara biskut dan kek yang tidak terlalu rapuh dan tidak terlalu lembut. Mari kita cuba resepi peanut butter brownies ni pula. Sedikit berbeza dari browniees biasa kerana menggunakan peanut butter. Aroma coklat dan peanut butter.

PEANUT BUTTER BROWNIES

Bahan-bahan (base brownies):-

  • 120g butter
  • 170g coklat kurang manis ( milk chocolate coins jenama Berry’s)
  • 2/3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam
  • 3/4 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:-

  • Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Lapik dengan baking paper. Ketepikan.
  • Panaskan butter dengan api perlahan. Apabila butter mula mencair, masukkan coklat.
  • Kacau rata hingga coklat mencair sepenuhnya. Sejukkan.
  • Apabila adunan coklat telah sejuk, masukkan gula dan pukul sedikit untuk memastikan gula larut dan sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati. Masukkan esen vanila.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan baking powder. Juga garam. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.

Peanut butter filling.

Bahan-bahan :-

  • 50g butter
  • 1/2 cawan gula halus ( masukkan 1/4 cawan sahaja)
  • 3/4 cawan peanut butter ( masukkan secawan)
  • Sedikit garam

Cara-cara:-

  • Pukul butter dengan gula hingga sebati.
  • Masukkan peanut butter dan garam. Kacau hingga sebati.

Cara-cara penyediaaan Peanut butter brownies:-

  • Tuang sedikit demi sedikit filling ke atas adunan brownies.
  • Bentukkan seperti marble/swirl untuk mencorakkannya.
  • Bakar pada suhu 170 darjah C kira-kira 40 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong.
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: