Resepi Terung Masak Sweet Sour

Resepi Terung Masak Sweet Sour

Resepi Terung Masak Sweet Sour. Masak masam manis memang kegemaran anak bujang saya yang kecik ni, itu kalau kita masak dengan ikan la. Kalau buat sayur seperti terung masak masam manis, dia kata pelik pulak.. haha, budak lelaki mana makan sayur yang pelik-pelik macam terung gitu. Tapi si abang pandai makan semua masakan.. sebab dah besar kut. Lagipun sejak 13 tahun duduk asrama, semua benda dia dah belajar makan. Tak mengapa, jika anak tak suka sayur yang kita gemar, masakkan dia sayur yang dia suka je. Kena rajin sikitlah mak bapak melayan citarasa makanan anak-anak. Yang penting kena makan sayur. Bagus untuk kesihatan. Macam-macam khasiat makan sayur ni. Okay 👌👌

Berbalik kepada resepi terung masam manis saya ni, saya beli terung ungu tu. Kalau nasib baik, dapat tak banyak bijinya, memang sedap rasa terung tu. Lemak je..

Tengok warna dah tahu kan.. haha, sedap lembut dan lemak je terung tu. Tak oernah masak sweet sour terung? Cubalah.. pasti nak lagi..

Resepi Terung Masak Sweet Sour

Terung masak sweet sour amat mudah disediakan. Sesiapa yang tak makan terung, cuba buat resepi macam yang saya kongsi di bawah. Pasti ia dapat membuka selera anda.

Bahan-bahan:

1 biji terung ungu – potong memanjang 2 inci
2 sudu besar Cili boh – kisar
1 biji bawang besar – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
Sedikit ikan bilis – kisar
Sedikit serbuk kunyit – kisar
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan:

1. Goreng terung ungu dengan minyak sederha a hingga naik bau, toskan dan ketepikan.

2. Tumis semua bahan kisar hingga garing. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata.

3. Perisakan dengan garam dan gula.

4. Akhir sekali, masukkan terung ungu yang telah digoreng tadi. Gaul sekejap je dalam kuali kemudian matikan api.

Siap untuk dimakan dengan nasi panas.

Jika terung ungu tidak di goreng dahulu, rasanya tak sama berbanding kita goreng dahulu. Rasa lemak lembut terung tu akan bersebati dengan sambal sweet sour yang memang kaw!

Selamat mencuba. Kita berjumpa di lain resepi yang ringkas-ringkas tapi sedap. Okay👍👍

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: