Mesti Cuba Resipi Apam Kampung Bersarang Ikut Sukatan Cawan Ni, Sangat Mudah
Bila apam yang dimasak menjadi gebu tentulah terlagi-lagi nak membuatnya. Bersarang teruk la pulakk..hehe. Jangan tenung lama-lama. Mari membuatnya.
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- Setengah cawan gula merah
- Setengah cawan gula pasir(klu suka manis 1 cawan gula)
- Secubit garam
- 2 helai daun pandan
- Sepeket yis Mauripan 11 gram
- 2 cawan air.
- Kelapa parut
Cara memasak:
- Masak gula merah dengan gula pasir dan garam td dgn 2 cawan air hingga larut…
- Masukkan 2 helai daun pandan..Sejukkan.
- Masukkan tepung bersama yis.gaul rata.kemudian masukkan air gula yg tlh sejuk td.gaul hingga sebati.perap I jam (kalau nk bersarang perap la lama ckit 2-3jam hehe) didalam loyang atau bekas plastik yg disapu minyak.
- Panaskan pengukus 15 minit sblm mengukus.Apabila apam dh naik boleh kukus selama 45 minit atau sehingga masak.Dah masak boleh lah digaul dgn kelapa parut yg ditambah sedikit garam.
Nota*Sekiranya adunan x naik berkemungkinan yis rosak atau kurang air.Yis xboleh mengembang sbb kurang air. Cuba tambahkan air sedikit demi sedikit.Insyaallah klu yis xrosak ..adunan akan mula mengembang.
Kredit : NiezaRosez
#mahn
Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: