Syazwan Andik

Safawi dan Haziq Belum Melapor Diri, Syazwan Andik Pamer Aksi Cemerlang

Kelibat Safawi dan Haziq tidak kelihatan ketika perlawanan persababatan B-22 Malaysia menetang B-22 Myanmar malam tadi. Safawi dan Haziq adalah 2 dari 6 pemain yang belum melaporkan diri ke skuad B-22 Malaysia.

Coach B-22 Malaysia, Ong Kim Swee masih mengharapkan mereka hadir ke kem Malaysia. Jika tidak, mereka akan berlepas ke Bangkok dengan skuad yang sedia ade untuk menghadapi kelayakan AFC B-23 2018 pada hari Isnin ini.

[AdSense-B]

Di pihak JDT, kami tidak melihat apa-apa penguman rasmi mengenai dua pemain ini, sama ada JDT memohon pelepasan atau membenarkan mereka pergi bersama B-22 Malaysia. Cuma kami disini berharap beraksi bersama Malaysia lebih diutamakan.

haziq berlatih

Dalam perlawanan malam tadi juga, Syazwan Andik mempamerkan aksi yang cemerlang. Dia diturunkan dalam kesebelasan utama dan memakai jersi bernombor 21 dan berada di posisi pertahanan kiri.

[AdSense-B]

Syazwan andik memperolehi beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Namun, sepakan sudutnya menjadi ‘assist’ kepada jaringan pertama B-22 Malaysia setelah ditanduk kemas oleh Thanabalan. Larian padunya sering mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Baca juga: Analisa Taktikal: JDT lebih berstruktur, Pahang kurang konsisten

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: