Melaka United Vs Jdt Safiq Rahim

Safiq Tak Mahu Kelantan Tambah Duka JDT

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menuntut rakan sepasukan supaya melupakan kekecewaan gagal mara ke separuh akhir Piala FA dan Piala AFC Zon ASEAN, sebaliknya fokus menentang Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok.

Safiq mengakui kekecewaan berganda itu ternyata memberi memberi kesan mendalam kepada dirinya dan rakan sepasukan, namun menegaskan ia tidak harus dikenang lagi dan kembali fokus memburu kejuaraan Liga Super yang menjadi objektif utama Harimau Selatan.

[AdSense-B]

“Mungkin sudah suratan kami tidak berjaya meneruskan saingan Piala FA dan Piala AFC. Saya akui ia memberi kesan kepada moral pasukan tetapi kami tidak harus terlalu kecewa kerana perjuangan perlu diteruskan.

“Lagipun, misi utama kami musim ini adalah menjuarai saingan Liga Super dan perjalanan untuk itu masih lagi jauh walaupun kini mendahului carta.

“Jadi, kami perlu bangkit dan fokus semula supaya misi itu tidak mengalami nasib sama,” katanya.

Bagaimanapun, Safiq mengakui kemenangan ke atas kelab dari Vietnam, Song Nam Nghe An FC 3-2 pada saingan terakhir Kumpulan H Piala AFC menaikkan lagi keyakinan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga memberi impak positif kepada pasukan menjelang pertemuan menentang Kelantan.

Namun, Safiq memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya tidak memandang mudah cabaran The Red Warriors (TRW) walaupun lawan itu dalam proses transformasi di bawah jurulatih baharu, Fajer Ebrahim.

[AdSense-B]

“Malah, saya tidak percaya kami akan berdepan laluan mudah kerana semata-mata Kelantan berada di dasar liga. Kelantan tetap memiliki kekuatan tersendiri dan kami perlu beraksi dengan tenang tanpa tekanan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Waspada Ancaman Kelantan – Longhi

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: