Sandro Da Silva: Tak Sabar Robek Gawang JDT
“Saya sudah sedia nak gegarkan gawang musuh di Larkin, Sabtu ini.” Itu tekad pemain import Kedah, Sandro Da Silva.
Pemain kelahiran Brazil itu mengakui menaruh harapan tinggi untuk beraksi dalam saingan merebut Piala Sultan Ahmad Shah menentang juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT).
[AdSense-B]Dia bagaimanapun sedar nasibnya sama ada akan diturunkan atau tidak dalam aksi pembukaan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos itu nanti bergantung kepada keputusan jurulatih, Ramon Marcote.
“Saya kini dalam proses mencapai tahap kecergasan disasarkan jurulatih. Pertemuan pembukaan Sabtu ini cukup penting dan saya tak sabar untuk beraksi bersama pasukan.
“Saya sedar ramai menjangkakan saya belum bersedia, namun selepas berbagai persediaan dan latihan berserta dorongan rakan sepasukan, tahap keyakinan dan proses peningkatan kecergasan saya untuk menghadapi perlawanan meningkat secara positif,” katanya.
Sandro, 34, adalah import paling senior dalam skuad Kedah dan sejak beraksi pada 2015, dia sering dilihat sebagai gandingan terbaik import dari Kosovo, Liridon Krasniqi dengan gerakan ala ‘tiki-taka’ mereka sering kali memerangkap benteng lawan.
[AdSense-B]Dia bagaimanapun belum tentu diturunkan dalam aksi menentang JDT akibat masalah kecederaan.
“Saya sentiasa bersemangat untuk beraksi, lebih-lebih lagi di Stadium Larkin nanti untuk merebut Piala Sultan Ahmad Shah. Jadi jika diberi kepercayaan untuk beraksi Sabtu ini, saya yakin dapat memberi aksi terbaik untuk semua penyokong Kedah sekali gus memastikan trofi itu dapat dikembalikan kepada Lang Merah,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca juga: Kelebihan Milik JDT Namun Kedah Tidak Gentar