Selain didenda, Afiq digantung dan Nazmi diberi amaran keras
Pada perlawanan suku akhir Piala FA kedua yang lepas, satu insiden kekasaran telah berlaku melibatkan pemain Pahang dengan Afiq dan juga Nazmi. Namun, tiada sebarang kad dikeluarkan oleh pengadil untuk mana-mana pemain berdasarkan insiden tersebut.
Pihak Jawatankuasa Tatatertib FAM telah meneliti kembali insiden tersebut dan menjatuhkan hukuman keatas Afiq dan Nazmi dibawah Artikel 81, Kod Tatatertib FAM. Kedua-dua mereka didenda sebanyak RM3,000 kerana melakukan kekasaran (menerjah) dalam perlawanan tersebut.
Afiq digantung satu perlawanan
Selain denda, Afiq dihukum pergantungan satu perlawanan. Oleh kerana JDT sudah tidak bermain untuk peringkat seterusnya dalam Piala FA, hukuman ini dibawa ke satu perlawanan Liga Super. Makanya, Afiq tidak boleh bermain ketika Melaka menentang JDT pada 06.05.2017.
Nazmi diberi amaran keras
Nazmi juga didenda atas kesalahan yang telah dia lakukan namum tiada penggantungan dikenakan kepadanya. Selain itu, Nazmi diberikan amaran keras disebabkan tingkahlaku yang tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik tamat perlawanan pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2017 yang lepas.
Nasihat kami
Ambilah hukuman ini sebagai satu pengajaran. Ikutlah seperti Alex yang sudah mampu mengawal emosinya di dalam padang. Tetapi bila diluar padang boleh menjadi penyeri untuk kem JDT.
Baca juga: 5 perkara daripada tersingkirnya JDT dalam saingan Piala FA