MA Ranking JDT

Selepas kemenangan JDT, adakah Malaysia sudah memintas MA ranking Hong Kong?

Pada waktu ini FIFA telah selesai mengemaskini FIFA world ranking. Pihak AFC akan mengambil masa 2 hingga ke 3 hari untuk mengemaskini MA ranking. Berdasarkan MA ranking yang dikemaskini bulan April, Hong Kong berada di kedudukan ke-6 dan Malaysia ke-7.

Selepas kemenangan JDT

JDT mempunyai 2 perlawanan dalam tempoh sebulan MA ranking untuk dikemaskini iaitu dengan menentang Beoungket Angkor FC dan Magwe FC. Mengikut mekanisma pengiraan MA ranking, JDT mendapat 9 mata atas kemenangan dengan Beoungket Angkor FC (3 mata), Magwe FC (3 mata) dan mata layak ke peringkat kalah mati (3 mata).

Sebaliknya Felda United tidak memberikan mata untuk Malaysia setelah kalah kedua-dua perlawanan mereka. Maka mata dikumpul untuk Malaysia adalah 9 mata sahaja. Cumanya, mata ini perlu dilakukan sesuatu atas sebab 2 kumpulan bertanding dan mata Piala AFC hanya 1/3 dari mata Piala ACL.

ma ranking to calculate

Setelah dilakukan pengiraan, Malaysia memperolehi 1.5 mata untuk pengiraan MA ranking bulan ini hasil sumbangan dari JDT.

MA Ranking untuk bulan April

MA ranking ini dikemaskini pada 10/4/2017 dan boleh didapati di laman web AFC. Kami hanya sediakan MA ranking untuk zone Asia Timur sahaja iaitu dimana Malaysia berada:

1- Korea Selatan – 90.529 mata

2- China – 72.672 mata

3- Japan – 70.302 mata

4- Australia – 65.889 mata

5- Thailand – 35.184 mata

6- Hong Kong – 32.563 mata

7- Malaysia – 31.043 mata

8- Vietnam – 28.441

Jangkaan MA ranking untuk bulan Mei

Kami tidak akan menerangkan cara pengiraan MA ranking secara lengkap dalam artikel ini. Cuma mengikut pengiraan berdasarkan mekanisma yang ditetapkan, ini lah jangkaan mata dan MA ranking untuk bulan Mei dan untuk tempat ke-6 hingga 8 sahaja:

6- Malaysia – 31.731 mata

7- Hong Kong – 31.212 mata

8- Vietnam – 28.628 mata

Pusingan kalah mati

Untuk peringkat kalah mati Piala ACL dan juga AFC, tiada wakil dari Hong Kong dan Vietnam yang berada dalam pusingan ini. Ia bermakna, punggutan mata untuk kedua-dua Negara ini dari kedua-dua kejohanan ini sudah terhenti. Hanya bergantung pasukan kebangsaan yang memberikan 10% mata sahaja.

Hanya Malaysia yang dapat mengumpul lebih banyak mata jika JDT berjaya melangkah lebih jauh dalam Piala AFC ini.

Rumusan

Kemenangan JDT dan layak ke peringkat Zonal Semi Final memberikan mata yang cukup untuk memintas Hong Kong. JDT perlu melangkah sejauh mungkin untuk menjarakan lagi mata untuk MA ranking. Pada masa yang sama, kita harap wakil Hong Kong, Eastern AA tewas pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan mereka.

Dengan ini, dapatlah satu pasukan dari Malaysia akan bermain dalam Piala ACL musim 2019 dan 2020. Adakah JDT akan menjadi pasukan pertama beraksi dalam Piala ACL 2019? Bolehlah kita bersedia dari sekarang.

Baca juga: Piala AFC 2017: Hatrik Guerra membolehkan JDT melangkah ke Zonal Semi Final

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: