Semangat Juang Pemain Muda Selangor Wajar Dicontohi
Setiap yang berlaku pasti ada sesuatu yang boleh kita fikirkan menerusi daya intelektual kita. Apa yang menarik di sini ialah penulis perhatikan perlawanan semalam di antara Selangor vs JDT adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk kamus pasukan JDT.
Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan penulisan penulis. Namun itu lah hakikat sebuah realiti yang tiada di dalam sinetron mitos kanak-kanak.
Keputusan kalah sangat atau hampir tidak wujud untuk pasukan JDT tetapi apabila sesekali ia berlaku dan terpalit pada kita, kita harus melihat ia di sudut pandang yang berlainan mengapa ianya berlaku.
[AdSense-B]Adakah disebabkan sekian masalah? Ataupun disebabkan sekian faktor.
Dari penilaian penulis mengenai perlawanan semalam, antara yang menjadi faktor kemenangan Selangor adalah semangat. Ya semangat yang membara demi lencana di dada bukan nama di belakang.
Majoriti pemain muda Selangor menampilkan semangat berpasukan yang tinggi. Mereka tahu mereka hanya ada sebuah pasukan mentah dan keyakinan ekoran mereka pernah menewaskan JDT di Selayang di dalam kempen Piala Malaysia.
Mereka tahu JDT bakal menurunkan barisan terkuat mereka. Namun itu bukan alasan untuk menyerah kalah sebelum berjuang kerana pantang orang Melayu mengalah sebelum menuju medan perang.
Pada perlawanan semalam, jelas mereka kekal berdisiplin walaupun diserang bertubi-tubi di ‘wide area’ mahupun ‘halfspace’. Mereka cuma menanti satu kesilapan untuk menghukum kealpaan pertahanan JDT yang jelas bermain dengan ‘defensive high line’.
Untuk pengetahuan pembaca, gaya permainan tersebut memiliki kontra nya tersendiri. Apabila lawan anda mempunyai kelajuan di ‘flank’ atau mereka mempunyai pemain yang ‘tricky’, tanpa tunjuk pandu yang sebenar dari seorang pertahanan yang benar-benar arif dalam susun atur pasukan, nescaya musnah la pertahanan tersebut seperti musnahnya Empayar Rom.
[AdSense-B]Apabila bermain dalam peringkat tertinggi, sangat sukar untuk setiap pemain melakukan kesilapan tetapi bila keadaan tertekan, individu itu akan menunjukkan satu persatu kesalahan dan kesilapan yang akan ‘membunuh’ pasukan nya sendiri. Di sini apa yang penulis perhatikan Selangor fokus untuk menghalang dari JDT menang di Selayang dan mereka berjaya.
Bagi JDT, mereka menurunkan barisan terkuat dan seperti yang kita ketahui ianya merupakan barisan pemain bintang dan termahal yang ada di Malaysia ini. Tapi masalah yang berlaku disini apabila masing-masing berada dalam tekanan, mereka seperti hilang tumpuan secara berpasukan.
Kita boleh lihat bagaimana haru birunya barisan pertahanan JDT. Sehinggakan Natxo Insa terpaksa turun ke bawah melindungi ‘back five’ JDT.
Selain itu, mereka sedaya upaya berusaha dengan cara mereka dengan erti kata lain individu skill. Penulis mengambil contoh seperti Gabriel Guerra.
Penulis merasa player ini mengalami tekanan ketika perlawanan semalam kerana apa sahaja “foot work” yang beliau lakukan tak menjadi. Bahkan penulis kadang-kadang merasakan beliau memperlahankan tempo sedangkan itu adalah peluang terbaik untuk JDT melakukan serangan melalui ‘counter attack’.
[AdSense-B]Tapi bagi beliau, beliau merasakan selama ini berhasil. Kenapa kali ni beliau tidak cuba bermain dengan perbanyakan hantaran pendek dan larian tanpa bola supaya Natxo boleh meletakkan bola kepada beliau.
Mental pemain JDT mudah terganggu bila segela percubaan berjaya ditepis atau diselamat kan oleh penjaga gol Selangor yang berasal dari Johor. Sepatutnya JDT perlu perkemaskan lagi dengan taktikal yang mereka rancangkan.
Safiq harus memastikan perancangan berlaku dengan jayanya dan mengawal keadaan pemain lain supaya bertindak mengikut perancangan jurulatih.
Ini yang penulis nampak selaku penonton. Penulis sedar ianya sebuah kepahitan untuk ditelan.
Hanya pemain sahaja yang faham dan tahu apa yang berlaku diatas padang. Apa-apa pun penulis ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang sudah berusaha bersungguh-sungguh.
WE ARE C4AMPIONES.
Baca juga: Fokus JDT Beralih Kepada Piala Malaysia Dan Mempertahankan Rekod Kebal Larkin