Putihkan Baju 4

Bagi Penggemar Pakaian Warna Putih Ini Tip Mudah Mengembalikan Seri Pakaian Berwarna Putih

Stres sebab baju kemeja putih sudah tak berapa nak putih? Baju sekolah anak nampak kusam? Sudah rendak kloroks tapi tak putih-putih jugak…argghhh!!

Jangan bimbang berikut 8 tip untuk mendapatkan kembali putihnya warna baju anak-anak kita mahupun kemeja kerja kita. Jom cuba sama-sama:

  1. Asingkan Daripada Pakaian Lain
    Elak cuci baju putih dengan pakaian berwarna gelap, tuala dan cadar kerana ia boleh mempengaruhi pakaian berwarna putih. Akibatnya baju putih nampak seperti kusam.
  2. Asingkan Ikut Material
    Meskipun sudah diasingkan yang berwarna putih, sekali lagi perlu pastikan setiap pakaian diasingkan mengikut material iaitu:
  • Acetates boleh digabung bersama acrylics
  • Linen boleh dibasuh bersama kain kapas
  • Wool tidak boleh bercampur dengan mana-mana material
  • Delicate perlu dicuci tangan
  1. Rendam Dalam Air Suam
    Periksa dulu label baju sama ada boleh dicuci dengan air panas. Jika boleh, rendam baju putih dalam air suam kerana ia sebenarnya ‘setting’ terbaik untuk pakaian berwarna putih. Kemudian baru cuci dengan sabun seperti biasa.
  2. Guna Jus Lemon Atau Cuka
    Jika anda kurang berminat guna agen pemutih yang ada di pasar raya, boleh gantikannya dengan bahan semula jadi seperti jus lemon, cuka putih (1 cawan) atau hydrogen peroxide (3%). Bahan ini menjadikan pakaian putih kembali putih.

Caranya: Tuang ½ cawan jus lemon ke dalam mesin basuh/baldi. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari kerana sinaran ultraviolet membantu mengembalikan warna putih pada pakaian

  1. Periksa Mesin Basuh
    Pastikan mesin basuh bersih daripada saki baki kotoran yang terhasil daripada mencuci pakaian terdahulu. Saki baki ini mudah melekat pada pakaian putih.
  2. Elak Cuci Dengan Air Sejuk
    Kalau nak putihkan baju, kena pastikan suhu air yang elok. Elak cuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk memudahkan kotoran melekat pada pakaian.
  3. Jauhi Klorin
    Bahan kimia seperti chlorine bleach boleh menyebabkan baju putih nampak seperti warna kuning.
  4. Elakkan Matahari Terik
    Elak gantung baju putih di tempat yang redup, jauh daripada cahaya matahari terlalu terik kerana ia boleh menyebabkan warna putih nampak kusam. Selalulah jemur pakaian putih direct di bawah sinar matahari, kerana sinar matahari terbukti mampu mencerahkan warna putih, dan bonusnya adalah memberi aroma segar pada pakaian.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: