Sesi Latihan JDT Akan Bersambung Pada Hari Khamis Ini
Setelah berehat hampir dua minggu, para pemain dan barisan kejurulatihan JDT akan menyambung semula sesi latihan pada 17/08/2017 iaitu hari Khamis ini. Seperti biasa sesi latihan akan diadakan di Pusat Latihan Padang Seri Gelam.
Mestikan pun perlawanan untuk JDT hanya akan berlangsung pada 09/09/2017 dengan melayan kunjungan Selangor di Stadium Larkin, persiapan awal ini penting bagi mengekalkan stamina dan kecergasan para pemain. Yang pasti Safawi Rasid dan Haziq Nadzli akan lewat menyertai sesi ini kerana terlibat dalam sukan SEA.
Sementara itu, tujuh pemain JDT iaitu Hazwan Bakri, Safiq Rahim, Amirul Hadi, Azrif Nasrulhaq, Aidil Zafuan, Darren Lok dan Fadhli Shas telah menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya yang bermula semalam. Marcos Antonio juga akan terus berehat selepas selesai menjalani pembedahan di Portugal.
[AdSense-B]Baca juga: Malaysia vs Brunei: 1 Gol Dan 1 ‘Assist’ Safawi Rasid, Syazwan Andik Sia-siakan 2 Peluang Keemasan