Ini Cara Untuk Mohon Skim Perumahan Belia Bantu Bujang & Dah Berkahwin Beli Rumah Pertama
Bagi golongan belia yang berumur antara 21 hingga 45 tahun dan bercita-cita untuk membeli rumah pertama tapi tak tahu caranya, info ni sangat berguna untuk korang! Pernah dengar BSN MyHome iaitu Skim Perumahan Belia? Bagi yang belum pernah dengar, skim ini direka untuk membantu belia yang bujang atau sudah berkahwin memiliki rumah pertama mereka dengan mudah.
Apa yang lebih menarik perhatian, kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.
Antara Kelebihan Lain Termasuklah:
- Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subpembelian.
- 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan).
- Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
- Pemilikan Hartanah Pertama sahaja.
- Permohonan secara perseorangan atau bersama.
- Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.
- Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah.
Dokumen yang Diperlukan
- Borang permohonan BSN.
- Salinan Kad Pengenalan.
- Sijil perkahwinan yang sah.
- Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon Bersama (pasangan sahaja).
- Slip Gaji Terkini (asal dan salinan) untuk tempoh tiga (3) bulan.
Nota: Jika bukan pemohon bersama, suami/ isteri pemohon perlu mengemukakan 1 bulan salinan terkini penyata gaji
- Penyata Bank Terkini untuk tempoh tiga (3) bulan
- Slip Gaji dan Penyata Bank Terkini untuk tempoh enam (6) bulan (bagi lain-lain pendapatan)
- Penyata KWSP
- Surat Pengesahan Majikan
Pemohon Bekerja Sendiri / Pemohon Bersama (pasangan sahaja)
- Pendaftaran Perniagaan/Syarikat
- Borang B / BE + Resit LHDN
- Penyata Kewangan Syarikat
- Penyata Bank Organisasi untuk tempoh enam (6) bulan
- Lain-lain Dokumen (Cth. Laporan Lawatan Tapak)
- Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (S&P), yang telah distem. Jika S&P belum selesai, resit deposit / pesanan pembelian pro forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan
- Salinan laporan penilaian (untuk pembelian hartanah siap daripada individu / bukan pemaju) daripada panel penilai BSN
- Salinan Geran Induk / Individu (jika ada)
- Akaun berkanun bagi memastikan hanya yang layak untuk pembelian rumah pertama dan kegunaan sendiri sahaja yang layak untuk skim ini dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.
- Akuan berkanun perlu ditandatangani oleh pemohon dan pasangan.
Klik sini untuk lihat: PENYATA PENDEDAHAN PRODUK BSN MyHome (SKIM PERUMAHAN BELIA)
Klik sini untuk dapatkan borang permohonan: BSN MyHome (Skim Perumahan Belia)
Untuk dapatkan info lanjut mengenai skim ini, terus saja layari website Bank Simpanan Nasional